“Kena Scam!”, lelaki ini menyesal beratur panjang hanya untuk beli air viral

“Kena Scam!”, lelaki ini menyesal beratur panjang hanya untuk beli air viral. Zaman sekarang ini, kalau dengar perkataan ‘viral’ untuk sesebuah kedai pasti akan beratur untuk membelinya dan lebih mengejutkan, ramai sanggup beratur berjam-jam semata untuk cuba makanan atau minuman yang jadi bualan ramai itu.

Sama seperti situasi seorang lelaki di TikTok ini dimana beliau difahamkan singgah di sebuah premis tepi jalan yang ‘viral’ dan memaparkan ramai sedang beratur untuk membeli minuman disitu.

Advertisement
Boleh pula ketika dia singgah untuk membeli itu, orang ramai sedang menikmati cuti panjang sempena Hari Raya Cina, jadi sememangnya dipenuhi dengan pelancong.

@ihakimmm Beratur nak patah kaki, last-last kena scam. #myfoodie #makanlokal #penangfoodie #fyp ♬ Lalala Remix – Gi Gi 2511

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit merasakan penat lelahnya beratur berjam-jam di bawah matahari yang panas sia-sia kerana minuman viral itu didakwa indah khabar dari rupa.Sememangnya dia meletak harapan yang tinggi pada air yang digelar ‘ais tingkap’ di Pulau Pinang itu, akan tetapi melihat dari bekas air minuman berisi air merah terbabit, dia mendakwa air tersebut saling tak tumpah seperti air sirap selasih saja.

Komen netizen:

"Kena Scam!", lelaki ini menyesal beratur panjang hanya untuk beli air viral

Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut meluahkan perasaan yang lebih kurang sama dengan lelaki terbabit dan rupanya penduduk di Pulau Pinang juga ada yang tidak pernah merasa air tersebut biarpun duduk di kawasan kejiranan.

Tonton:

Baca:

Ibu Gajah ini panik kejut anak tak bangun, ‘panggil’ penjaga Zoo tolong

Keladi ini berharga RM200,000 sepokok, boleh beli rumah sebiji!

“Ejek saya dengan panggil Ali Hitam, saya akan ambil tindakan mahkamah”

CATEGORIES