Kena denda sebab turunkan pelitup muka kerana gatal, netizen berang

Kena denda sebab turunkan pelitup muka kerana gatal, netizen berang

Mereka mempersoalkan apa yang dilihat sebagai penguatkuasaan berat sebelah terhadap peraturan pemakaian pelitup muka dengan membangkitkan gambar sejumlah ahli politik yang tidak memakainya di tempat awam.

Insiden remaja itu yang dikenakan denda disiarkan dalam sebuah video TV3 dan kini tular di media sosial.

“Seriuslah? Tak kasihan pada budak ini? Dia masih belajar, pak menteri tak pakai pelitup muka, tak amal penjarakan sosial di TV3 tak ada pula disaman.

“Adakah gelaran pak menteri ada tiket untuk lepas daripada saman?” soal seorang pengguna Twitter bernama “AFK” yang turut mengongsikan video tersebut.

Seorang lagi membalas video tersebut dengan beberapa gambar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali yang tidak memakai pelitup muka di satu acara.

Pemilik akaun “Nontoxic” itu menggesa polis agar mengambil tindakan terhadap gambar menteri-menteri dalam gambar yang dikongsikannya.

“Jangan buat-buat tak nampak. Gambar ada, tarikh ada. Pergi saman lekas,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537966

COMMENTS