Kempen BMF : Pemimpin Islam ‘hilang taring’ kerana takutkan MCA, dakwa NGO Islam

Kempen BMF : Pemimpin Islam ‘hilang taring’ kerana takutkan MCA, dakwa NGO Islam

Saya bukanlah berniat nak memburukkan mana-mana pihak tetapi puncanya imej BMF rosak adalah segelintir pimpinan parti yang dulunya melaungkan BMF tetapi akhirnya terbukti hangat-hangat tahi ayam!

Kempen Beli Produk Muslim atau dikenali sebagai Kempen BMF Malaysia dilancarkan pada 2 April 2019 dan meletusnya gelombang BMF sebenar pada 20 Ogos 2019 bermula di Jerantut apabila ada pihak mempergunakan BMF untuk tujuan politik oleh pihak yang bertopengkan NGO.

NGO yang kononnya tidak kepartian tetapi dipelopor oleh MAJORITI pimpinan parti sehingga peringkat negeri menjadi punca PEMBELA menarik diri daripada menyertai gabungan NGO tersebut kerana mereka sudah menguasai NGO dengan kepartian, di mana masih ramai rakyat mengharapkan NGO yang bukan berpaksi politik.

Saya SHARE semula bukti pimpinan parti yang kononnya melaungkan BMF tetapi selepas mendapat kuasa, BMF pun ke laut. Malah, ada dikalangan pimpinan parti yang ada dalam NGO ini ‘takut’ dengan MCA kerana melaungkan BMF secara agresif.

Kepada PH, terutama PAN, jangan nak seronok sangat gunakan artikel saya untuk menghentam parti tersebut kerana PAN sendiri adalah tunggangan DAP malah semasa ada kuasa, KECUT TELUR untuk melaungkan BMF walaupun PAN ni ISLAM,… kut?

Nasihat saya kepada NGO berkenaan, jangan politikkan BMF. Jangan nak tunggang BMF untuk mencari pengaruh. Salah seorang pimpinan NGO parti ini telah mendapat jawatan dalam kerajaan juga telah HILANG TARING yang dulu kononnya lantang tetapi terkepit dek jaga hati. Ada bukti dalam Mkini hari ini.

Cukuplah berpolitik sesama dikalangan politik. BMF adalah hak rakyat, bukannya hak parti yang bertopengkan NGO. Kalau nak berpolitik, jangan guna NGO. Nanti rakyat keliru. Berpolitiklah secara matang. Nak sokong BMF, buktikan dan bukan sekadar slogan.

Akhir sekali, KITA CAKAP, KITA BUAT. Hujung bulan Ogos ini akan ada satu majlis pelancaran logo baharu Kempen BMF Malaysia. Nantikan!

Teguran Ikhlas,
CIKGU IZZAT JOHARI
Naib Pengerusi PEMBELA

Sumber :