Betul ke dalam setiap kad pengenalan yang dimiliki rakyat Malaysia bakal terima bantuan RM200 pada setiap bulan?
Kementerian Kewangan menegaskan bahawa dakwaan dua akaun TikTok yang menyatakan
Terdapat bantuan RM200 dalam MyKad setiap bulan untuk tahun 2024 adalah PALSU!
Dalam kenyataannya di platform X, Kementerian Kewangan (MoF) menyatakan bahawa semakan menunjukkan
kedua-dua akaun, iaitu @moh.khairul457 dan @muhammad.dato.amr, meminta mangsa menghantar maklumat peribadi ke akaun Telegram penipu.
“Berhati-hatilah dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran palsu seperti ini di media sosial. Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan yang diakses adalah sah dan betul,” ujar MoF.
MoF juga mengingatkan orang ramai supaya tidak klik sebarang pautan yang mencurigakan jika ragu-ragu, dan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Setakat ini, video yang dimuat naik oleh akaun @moh.khairul457 telah mencapai 4.7 juta tontonan, manakala akaun @muhammad.dato.amr pula mencatatkan 142,300 tontonan di TikTok.
BACA: ‘Mereka ‘orang luar’ bukan saudara mara, tapi anggap kami 2 beradik macam anaknya sendiri’