Dilema dalam sebuah perkahwinan apabila rumah tangga yang dibina tidak mendapat restu orang tua.
Lebih mengecewakan apabila mentua bertindak melakukan taktik kotor semata-mata mahu meruntuhkan rumah tangga anaknya.
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang berdepan ujian berat apabila disihir ibu mentuanya dengan cara dilumur darah haid pada badan hanya kerana perkahwinannya tidak direstui.
‘Kemaluan saya rasa seperti terbakar, tak sangka ibu mentua sanggup buat macam ni sebab tak restu perkahwinan kami’
Kisah itu dikongsikan oleh akaun TikTok @nurularsyifaalmustaqim, perawat wanita bagi ratawan alternatif berhubung seorang pesakitnya.
Akibat tindakan ibu mentua itu, wanita tersebut menanggung kesakitan yang amat dahsyat pada badannya.
“Ibu mentua bertopengkan iblis. Alim, imej yang warak bukanlah tiket ke syurga. Satu badannya dilumurkan darah kotor atau haid.
“Itulah salah satu cara mentuanya gunakan ilmu hitam terkutuk untuknya. Perkahwinan yang tak direstui, akhirnya hidupnya merana,” tulisnya.
Wanita itu juga menceritakan bahawa perkara yang dihadapinya bukan rekaan kerana disaksikan bapa mentuanya.
“Ustazah saya bukan reka cerita. Bapa mentua saya saksi ibu mentua hampir setiap hari memuja gambar perkahwinan kami yang dilumurkan dengan darah haid yang busuk,” tulisnya yang memetik kata-kata wanita itu.
Melihat situasi yang dihadapi wanita itu, pemilik TikTok meluahkan rasa sedih kerana wujud manusia sezalim itu.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut bersimpati dengan nasib wanita itu dan pilu apabila mendengar jeritannya menanggung kesakitan.
Malah, ada juga yang berkongsi kisah berhadapan situasi tidak disukai ibu mentua dan hanya mampu berdoa supaya terbuka hati menerima kehadiran mereka.