“Kemain melaram pakai bulu mata, warna kuku tapi mengemis minta sedekah”. Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan situasi seorang pemandu kereta yang terkejut apabila disapa oleh pengemis
wanita yang bersolek dengan memakai bulu mata palsu serta pewarna kuku, lapor program berita Liputan6.
Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @lisadewiwod. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pulau Dewata, Bali.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang wanita mengemis di jalanan sambil mendukung anak kecil.
Wanita yang memakai ‘hoodie’ itu dilihat menghulurkan tangan ketika menghampiri sebuah kereta.
Pemandu kereta itu terkejut selepas menurunkan cermin tingkap apabila dia mendapati pengemis wanita berkenaan memakai bulu mata palsu dan mewarna kuku.
Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Nak derma 1,000 rupiah (RM0.29) tidak yakin, takut dipulangkan semula,” komen seorang netizen.
@lisadewiwood Ganti profesi #pengemis #bali #fypシ゚viral ♬ original sound – Putri Fieyna
“Saya mahu menderma tetapi berfikir dua kali, saya tidak pernah menggunakan bulu mata dan mewarna kuku,” tulis netizen lain
BACA:
Misteri ‘kubur berdarah’ menimbulkan keresahan penduduk di Kedah