Siapa yang tidak meremang bulu roma apabila mendengar kisah orang yang telah meninggal dunia
Dia tiba-tiba pulang ke rumah beberapa bulan selepas pengebumian?
Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga yang terkejut dengan kepulangan seorang ahli keluarga mereka yang disahkan mati dan telah disemadikan.
Menurut The Star, tujuh bulan yang lalu, pihak polis menemui jasad seorang lelaki yang sudah mereput di dalam sebuah bilik sewa di daerah Phra Nakhon, Bangkok.
Polis Nang Lerng, Kolonel Superintenden Kampanart Arunkhiriroj, menjelaskan bahawa pihaknya
Mereka telah mengikut prosedur yang betul dalam melaporkan kematian lelaki yang tidak dikenali itu pada 20 Mei lalu.
Beliau menambah bahawa mereka menjumpai salinan kad pengenalan Thailand yang tidak bergambar, salinan kertas pendaftaran rumah,
kad pekerja syarikat keselamatan yang bernama Sakhon Sacheewa sebelum menghantar mayat tersebut ke rumah mayat Hospital Vajira untuk dibedah siasat.
Keluarga Sakhon dihubungi selepas bedah siasat mengesahkan bahawa dia telah meninggal dunia akibat jangkitan di perut dan usus. Menurut The Nation, pada awalnya, ahli keluarga menafikan bahawa mayat tersebut adalah Sakhon berdasarkan gigi yang penuh dan jongang, sedangkan Sakhon telah kehilangan satu batang gigi di bahagian hadapan.
Namun, pegawai rumah mayat menegaskan bahawa mayat itu terlalu mereput untuk dikenal pasti dan menggesa keluarga tersebut untuk mengambil mayat itu bagi tujuan persemadian.
Walau bagaimanapun, Sakhon Sacheewa, 44, yang merupakan seorang nelayan, telah pulang ke kampung halaman pada hari Ahad lalu selepas bekerja di atas bot di Nakhon Si Thammarat selama 14 bulan.
Sakhon menjelaskan bahawa dia telah membuat laporan dan menerima kad pengenalan baru selepas kadnya dicuri oleh seorang lelaki Myanmar.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mayat lelaki tersebut melalui transaksi kewangannya memandangkan mayat itu telah dibakar.
Keluarga Sakhon mendakwa telah membelanjakan sekitar RM24,878 untuk pengebumian lelaki itu, dan difahamkan bahawa sebarang tuntutan pampasan kewangan oleh keluarga tersebut akan dipertimbangkan berdasarkan undang-undang.
BACA: Persatuan peniaga bengang restoran jual makanan harga murah