‘Keluarga suami rasa hal curang sampai check ini benda kecil, solat taubat, minta maaf dikira selesai’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Setahun lepas saya pernah share pasal kantoi suami curang dengan kawan baik sendiri. Yang mana kawan baik tu pernah jadi bekas kekasih suami.

Mereka kantoi sampai check in, sedangkan dua – dua ni laki bini orang.Pejam celik hampir setahun dah berlalu.

Tapi benar la cakap orang kalau kes macam ni memang makan tahun nak lupa. Pedihnya Allah sahaja yang tau. Memang kadang – kadang saya rasa benda tu baru je jadi.

Saya masih terima suami saya semula stelah macam – macam dugaan yang kami hadap lepas kantoi tu. Bukan senang ya terima.

Ada masa bila teringat saya akan ungkit macam – macam, semua benda flashback balik.

'Keluarga suami rasa hal curang sampai check ini benda kecil, solat taubat, minta maaf dikira selesai'

Suami saya mampu tahan je dengar semua luahan hati saya yang kecewa dengan apa yang dia dah buat.

Saya jadi terima dia semula sebab dia merayu – rayu tak sanggup berpisah dengan saya. Dia tak kuat dan dia janji akan insaf – seinsafnya.

Alhamdulilah setakat ni memang dia kotakan apa yang dia janji. Saya jadi kuat sebab nampak dia betul – betul menyesal lalai termakan hasutan sy4itan. Anak – anak kami masih kecik dan sangat rapat dengan suami. Untuk saya lupa apa yang jadi memang sangat tak mudah. PerIukan kekuatan dan kesabaran yang tinggi, serta kebergntungan kepada Allah tu memang sangat diperIukan ketika ini.

Saya perlu sokongan yang kuat dari orang keliling saya iaitu family dan family mertua. Family saya, alhamdulilah dari hari pertama kantoi sampai sekarang bagi semangat dan sentiasa bersama saya. Mereka pun pada awalnya sangat marah dan tak dapat terima akhirnya dah maafkan suami dan masih beri peluang kedua.

Mengenangkan anak – anak kami yang masih kecil dan suami datang hadap mak ayah saya mohon maaf serta perubahan suami yang m4kin baik. Cuma yang menyedihkan keluarga beIah suami ambil mudah atas semua yang dah jadi ni.

Dari awal lagi memang saya down sangat sebab mereka rasa hal curang sampai dah check in ni benda kecik je. Taubat, dah solat taubat, minta maaf, dah la. Mereka tak fikir pun nasib saya kena tanggung semua rasa ni. Dari awal tak ada sapa yang masuk campur, tak ada yang datang mintak maaf pada keluarga saya, tak ada pun yang sudi datang jenguk keadaan saya atau legakan hati saya.

Dorang teruskan hidup macam biasa je tanpa rasa bersalah dengan saya. Down sangat saya rasa ada family mertua yang t0xic macam tu. Masa baru tau suami kant0i pon mak mertua tak marah pun. Cuma suruh bertaubat je.

Dia sendiri seorang perempuan dia tak fikir langsung betapa r3muknya hati saya masa baru tau tu. Masa saya buat keputusan untuk tak sebumbung dalam seminggu tu, mak mertua cepat – cepat suruh balik rumah. Dia kata, kalau suami dah buat d0sa jangan isteri pulak nak buat d0sa.

Padahal saya dah mintak izin dah kat suami nak duduk dulu dengan family saya. Nampak? Dalam keadaan yang teruk macam ni dia hanya fikirkan nasib anak dia je. Dia tak sanggup tengok anak dia kena tinggal sorang – sorang kat rumah.

D0sa yang menantu ni yang dia sebok fikirkan. Habis tu d0sa berat anak dia, dia buat bini dan anak – anak macam ni, tak pulak dia fikirkan. Sebenarnya dari awal kahwin mertua saya memang suka cari pasal dengan menantu perempuan dia tapi saya sabar je.

Jenis memang salah anak dia tutup mat, salah menantu memang laju dia tuding. Selalu je kena sound direct dulu tapi bila lama – lama dia dah tak buat jadi pulak kes macam ni. Sekali terang – terang anak dia pulak buat per4ngai.

Auto diam pulak mertua saya. Tak nak pulak dia marah – marah macam dia marah anak orang. Kadang – kadang saya terfikir dugaan apa Allah bagi kat saya ni. Lepas satu, satu. Macam satu – satu benda Allah nak tunjuk betapa t0xicnya family ni yang orang lain tak nampak.

Sekarang bila saya dah boleh terima suami saya semula dan hidup macam biasa, baru la muncul mertua saya. Masa bulan yang tengah susah penuh air mata berhari – hari, tengah down teruk, langsung dia tak jengah keadaan saya tanya khabar ke.

Yang dia tau, pada dia masalah dah setel dah la. Ada sekali saya jumpa mertua, dia kata dah la tak payah fikir lagi buat pening kepala je buat ape. Senang betul dia bercakap. Masa saya nak cerai aritu merayu – rayu tak nak saya tinggalkan anak dia.

Orang macam ni memang betul pentingkan keluarga dia je langsung tak fikir orang lain. Bila dah jadi benda besar ni, saya jadi tawar hati dengan keluarga suami. Dah banyak dah masalah dalam family mertua, ada yang dah cerai dah pun tapi mertua buat tak nampak je.

Dia tak pernah salahkan anak – anak dia yang buat per4ngai. Bila kita em0si, akhirnya kita yang dicop bermasalah oleh keluarga mertua. Saya dah cukup penat, selesaikan masalah dengan suami, selesaikan masalah dengan kawan yang khi4nat saya, lepas tu lenyapp macamtu je. Dengan family mertua yang takde sensitivity langsung.

Akhirnya saya buat keputusan untuk jaga je family kecik saya ni. Saya ambil tindakan menjarakkan diri dengan keluarga mertua, suami pun faham. Sebab dia dah nampak dari awal kami kahwin sampai dah jadi macamni pun macam – macam family mertua saya buat.

Kadang – kadang dia nangis sebab family saya layan dia baik sedangkan keluarga dia ambil mudah je dengan saya. Kesalahan kecik saya, tapi heboh dia besar – besarkan. Pernah jadi berg4duh laki bini sebabkan per4ngai mertua saya.

Saya betul tawar hati buat masa ni. Cukup la macam – macam kena masa awal – awal kahwin, kena jegil mata, kena complain itu ini, dipersalahkan, macam – macam kena. Dah jadi benda besar pun semua takde function. Family saya je yang hadap semua ni sama – sama.

Persoalan saya, takpe kan kalau saya jauhkan diri dari keluarga mertua buat masa ni? Saya cuma nak dorang sedar je yang jangan ingat orang takde perasaan. Dan jangan ingat semua benda senang je setel. Yang hadap saya, yang nak tidur malam hari – hari dengan suami, saya.

Yang pelaku, pesalah anak dia. Cuba kalau saya yang buat masalah, silap – silap saya disuruh cerai. Saya kena kuat untuk besarkan anak – anak, selagi suami betul – betul insaf. Saya harap cukup la ni je kesilapan besar dia atas kecuaian dia. Saya bersyukur dan redha apa yang dah jadi.

Cuma kawan baik saya yang dah khi4nat saya hilangkan diri macam tu je. Saya memang susah nak redha dan maafkan dia lagi. Memang tergamak dia buat saya kawan dia yang selalu support dia daripada susah sampai orang kenal dia sekarang. Sedih betul dugaan saya. Tolong doakan semua yang baik – baik ya. Saya harap mentaI saya akan kuat dan cuba move on. InsyaAllah. Betul la anak – anak ni buat kita kuat.

Komen W4rganet :

Adila Ghazi : Dari bacaan saya sis sebenarnya marahkan suami dan berjangkit kepada semua keluarga mentua sebab anak mereka. Cubalah sentiasa positif, jangan cepat buruk sangka. Mereka sebenarnya taknak campur urusan anak menantu.

Nasihat mereka sebagai orang lebih tua sebab mereka taknak rumahtangga anak menantu berantakkan. Cakap suami awak jer yang minta maaf. Kalau awak takleh maafkan suami berterus terang jer dengan suami.

Rozana Binti Baharudin : Salah tu tanggapan sis, sebenarnya dalam rumahtangga ni sesiapa pun tak boleh masuk campur apatah lagi orang tua. Hanya mampu bagi nasihat. Selebihnya suami isteri tu yang kena urus rumahtangga masing – masing.

Kecuali jika isteri kes d3ra sehingga yang boleh memud4ratkan baru keluarga boleh masuk campur. Sis sudah redha dengan suami, belajar memaafkan biarpun hati s4kit sebab itu sis yang pilih.

Selebihnya serah kepada Allah. Di sisi mertua pula, sis kena bersangka baik. Jangan menunding jari. Semoga semua dipermudahkan segala urusan sis sekeluarga.

BACA: ‘Dari join podcast baik aku join potluck’ Rahim jawab Shuib