Keluarga Kazar dilihat seronok bercuti – “macam tak terkesan dengan kes mahkamah” – netizen

Oleh INFORAKYAT

Keluarga Kazar dilihat seronok bercuti – “macam tak terkesan dengan kes mahkamah” – netizen. Isu yang berlaku di antara Puteri Sarah Liyana dan madunya,

Ira Kazar meraih perhatian satu Malaysia dan sudah tentu segala tindak tanduk anak pelakon Kazar Saisi itu akan menjadi perhatian.

Bukan hanya Ira tetapi setiap tingkah laku dan aktiviti yang ditunjukkan oleh ahli keluarga terutamanya kakak-kakaknya akan mencuri perhatian netizen.

Apatah lagi Ira, kakaknya bernama Yasmin serta bapa mereka, Kazar telah melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan pada Julai, tahun lepas.

Keluarga Kazar dilihat seronok bercuti - "macam tak terkesan dengan kes mahkamah" - netizen

Semalam, kecoh di media sosial selepas Puteri Sarah dibenarkan oleh mahkamah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap mereka bertiga.

Menerusi Instagram, adik beradik Ira termasuklah Yasmin dilihat seperti tidak terkesan dengan prosiding mahkamah dikenakan terhadap mereka.

Story dimuat naik oleh Yasmin menunjukkan mereka sedang ‘seronok’ keluar berjalan-jalan di sebuah pusat beli belah dan ia pasti meraih perhatian netizen.

Keluarga Kazar dilihat seronok bercuti - "macam tak terkesan dengan kes mahkamah" - netizen

Video Player

Terdahulu, perintah injuksi telah dikeluarkan oleh mahkamah kepada keluarga ini berhubung dengan tuntutan saman difailkan oleh Puteri Sarah terhadap Ira Kazar yang telah mengganggu ketenteraman rumah tangganya.

BACA:

“Di saat lelaki itu membuangku seperti sampah, ada yang menjagaku seperti barang berharga”, Rita Rudaini jumpa jodoh?

Akhirnya Fatin Afeefa mengeluh, “Dah penat tanggung biawak hidup”