Keluar modal RM80000 buat PM New Zealand nak ‘jumpa’ Khairul Aming

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming, telah mendedahkan bahawa beliau berbelanja puluhan ribu ringgit dalam menghasilkan video masakan di New Zealand.

Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming, atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman,

menjelaskan kos yang telah dibelanjakan untuk penggambaran di negara tersebut.

“Ketika berada di sana, saya banyak menggunakan wang untuk penggambaran.

Saya menyewa rumah inap yang cantik, makan di restoran mahal, dan banyak perkara yang kami tempah pada saat akhir.

Keluar modal RM80000 buat PM New Zealand nak 'jumpa' Khairul Aming

Jumlah perbelanjaan kami untuk tiga orang adalah RM80,000. Namun, jika hanya melancong seorang diri, kosnya tidaklah semahal itu.”

Di ruangan komen, ramai warganet berpendapat perbelanjaan tersebut berbaloi, terutamanya setelah hasil kerja Khairul Aming yang berusia 32 tahun mendapat perhatian ramai, termasuk Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon.

“Labur RM80,000 dan dapat kunjungan Perdana Menteri New Zealand, memang hebat! Tahniah, Alhamdulillah. Nanti akan dapat balik berganda-ganda, sekarang pun sudah mula nampak kesannya. Tak mengapa banyak berhabis, berbaloi.”

Sebelum ini, Khairul Aming membanggakan rakyat Malaysia apabila menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon, sempena lawatannya ke Malaysia.

Diketahui bahawa pertemuan tersebut adalah satu bentuk penghargaan daripada New Zealand atas usaha Khairul Aming yang banyak menghasilkan video masakan di negara tersebut sebelum ini.

BACA: Sanusi kongsi detik awal perkenalan dengan isteri kedua