Keletihan 4 hari urus tragedi Batang Kali, Pengarah Bomba kena strok

Oleh INFORAKYAT

Keletihan 4 hari urus tragedi Batang Kali, Pengarah Bomba kena strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis, dimasukkan ke Hospital Selayang, dekat sini, selepas diserang ‘minor stroke’ atau angin ahmar ringan, selain keletihan.

Menurut kenyataan Pusat Gerak Operasi JBPM negeri, Norazam dimasukkan ke hospital jam 6 petang tadi.

“Keadaan terkawal dan beliau masih sedarkan diri, ” katanya.

Sementara itu JBPM Selangor mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini masih diteruskan.

Norazam terbabit dalam operasi SAR di tapak lokasi bencana itu sejak awal tragedi tanah runtuh berkenaan berlaku pada Jumaat lalu.

Keletihan 4 hari urus tragedi Batang Kali, Pengarah Bomba kena strok

Operasi SAR itu kini masuk hari keempat dengan 24 mangsa disahkan maut, manakala sembilan lagi masih hilang.

Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor, ketika sidang media harian di lokasi bencana itu memaklumkan pihaknya mula menggerakkan pasukan ‘sweeper’ untuk melakukan pencarian mangsa di luar ‘ground zero’ atau tapak utama kejadian tanah runtuh itu.

Beliau berkata, pasukan tujuh anggota itu digerakkan bermula hari ini dengan tumpuan pencarian di luar kawasan operasi seperti di sungai dan lokasi sekitar.

BACA:

Geram jiran menjerit tengok bola, sekali kena tampal benda ini depan pintu

Kecantikan Aina Abdul jadi bualan warganet

Banjir Kelantan: Tiga beradik terapung atas air, maut kena renjatan