Kelantan kekal rekod keahlian AMANAH paling tinggi – Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dalam lawatan kerjanya ke Kelantan hari ini mengucapkan tahniah kepada AMANAH Kelantan kerana masih memegang rekod keahlian yang tertinggi di Malaysia.

Ketika berucap di hadapan perwakilan AMANAH Kelantan, Mohamad turut kagum dengan kehadiran Angkatan Wanita Amanah (Awan) yang hampir separuh daripada 300 orang ahli AMANAH yang hadir hari ini.

Dengan kehadiran AWAN pada hari ini, beliau mengakui sememangnya bumi Che Siti Wan Kembang dan kebangkitan wanita sebagai rakan kongsi perjuangan AMANAH adalah salah satu faktor kejayaan parti ke depan ini.

“Terima Kasih kepada semua perwakilan AWAN yang mari dari dekat dan jauh untuk memenuhi dewan pagi ini bagi mendengar sendiri amanat Presiden kita berhubung perkembangan terkini politik tanah air,” kata Ketua AWAN Kelatan Dr Hafidzah Mustakim.

Kelantan merupakan negeri ke-10 dalam siri lawatan Presiden bersama Timbalan Presiden, SU Agung, Bendahari, Pengarah Komunikasi dan Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

Lawatan Kerja Presiden ke Kelantan hari ini dianjurkan oleh AMANAH Kelantan yang berlangsung di Desa Rahmat Guchil Bayam Kota Bharu.Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dalam lawatan kerjanya ke Kelantan hari ini mengucapkan tahniah kepada AMANAH Kelantan kerana masih memegang rekod keahlian yang tertinggi di Malaysia.

Ketika berucap di hadapan perwakilan AMANAH Kelantan, Mohamad turut kagum dengan kehadiran Angkatan Wanita Amanah (Awan) yang hampir separuh daripada 300 orang ahli AMANAH yang hadir hari ini.

Dengan kehadiran AWAN pada hari ini, beliau mengakui sememangnya bumi Che Siti Wan Kembang dan kebangkitan wanita sebagai rakan kongsi perjuangan AMANAH adalah salah satu faktor kejayaan parti ke depan ini.

“Terima Kasih kepada semua perwakilan AWAN yang mari dari dekat dan jauh untuk memenuhi dewan pagi ini bagi mendengar sendiri amanat Presiden kita berhubung perkembangan terkini politik tanah air,” kata Ketua AWAN Kelatan Dr Hafidzah Mustakim.

Kelantan merupakan negeri ke-10 dalam siri lawatan Presiden bersama Timbalan Presiden, SU Agung, Bendahari, Pengarah Komunikasi dan Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

Lawatan Kerja Presiden ke Kelantan hari ini dianjurkan oleh AMANAH Kelantan yang berlangsung di Desa Rahmat Guchil Bayam Kota Bharu.

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/tahniah-kelantan-pegang-rekod-keahlian-amanah-tertinggi-di-malaysia/

COMMENTS