Keladi ini berharga RM200,000 sepokok, boleh beli rumah sebiji!

Keladi ini berharga RM200,000 sepokok, boleh beli rumah sebiji! Keladi jenis Alocasia New Guinea Gold muncul sebagai ‘Raja Keladi’ apabila harganya mencecah RM100,000 hingga RM200,000 sepokok, sekali gus menjadi aset pelaburan yang menguntungkan.

Dek kerana harganya yang tinggi itu, keladi tersebut juga digelar ‘Keladi Emas 916’ oleh peminat tanaman hiasan di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penjual keladi tersebut, Muhamad Fathi Mat Jan, 32, berkata, peminat di negeri ini boleh mendapatkan anak Keladi Emas 916 yang berukuran 10 sentimeter pada harga RM1,000 hingga RM2,000 sepokok.

Keladi ini berharga RM200,000 sepokok, boleh beli rumah sebiji!

Kata Muhamad Fathi, dia sempat membeli anak keladi tersebut pada harga rendah RM80 sepokok daripada seorang wanita di Kuala Lumpur kerana ketika itu musim ‘gila keladi’ belum bermula di negara ini.

“Usaha saya membuahkan hasil lumayan apabila harga keladi tersebut naik mendadak hingga ribuan ringgit. Kebanyakan pembelinya adalah golo­ngan yang berkemampuan.

“Keladi ini memiliki keunikan tersendiri dengan tekstur ubi keras dan warna kuning yang menyerlah. Sebab itu ia digelar Keladi Emas 916,” katanya yang mengusahakan tanaman tersebut di rumahnya di Kampung Lot 23 Semerak, di sini.

Muhamad Fathi berkata, harga keladi dinilai berdasarkan kesenian yang ada padanya da­ripada segi bentuk ubi, rupa bentuk daun, serlahan warna, corak daun dan saiz keladi.

“Keladi yang bernilai tinggi biasanya mencecah usia 30 hingga 40 tahun, semakin tua keladi semakin mencanak nilai harganya.

“Keladi Emas 916 juga mahal berbanding keladi lain kerana mampu hasilkan anak yang banyak. Satu induk boleh hasilkan 2,000 anak pokok dan apabila dijual semula ia memberi pulangan yang lumayan,” katanya.

Tonton:

Baca:

Viral video cikgu denda pelajar hantuk kepala ke dinding 100 kali

Viral murid tiada duit beli baju PJ, reaksi Zara Zya buat orang sebak

Rakyat terkejut parti islam buat siaran haram perlawanan bola, “tak tahu halal haram?”

CATEGORIES