Kekecohan di DUN Melaka bukti UMNO ketagih kuasa dan kedudukan

Kekecohan di DUN Melaka bukti UMNO ketagih kuasa dan kedudukan

Tak dapat jadi Ketua Menteri Melaka dapat jadi Speaker Dewan Undangan Negeri pun jadilah ”

Apa yang terjadi di Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka hari ini membuktikan bahawa pemimpin UMNO memang dahagakan kuasa dan kedudukan. Tidak cukup dengan itu, tindakan ADUN Sungai Udang Idris Haron yang melemparkan buku pelembagaan dewan kepada Speaker dan tindakan biadap ADUN Pengkalan Batu mengelarkan ADUN PH sebagai BABI telah mencetuskan kekecohan dalam dewan sebentar tadi.

Inilah perangai biadap para pemimpin UMNO setelah mereka telah mendapat kuasa semula. Kalau sebelum ini Idris Haron menyatakan bahawa nak baca ayat Al Quran pun speaker undangan tak benarkan. Hari ini pula dia membaling buku pelembagaan kepada speaker kerana speaker nak baca doa sebelum ingin memulakan persidangan. Dalam bulan mulia ini Allah Swt nak tunjukkan kepada kita siapa sebenarnya mempersendakan agama.

Berbalik kepada tajuk asal di atas. Sejak kehadiran covid-19 di Malaysia dan bertukar kerajaan. Para pemimpin UMNO sering kali mengatakan agar pihak Pakatan harapan jangan berpolitik dan tumpukan bagi menangani masalah Covid-19 secara bersama tetapi sebaliknya pemimpin UMNO mengunakan masa ini bagi membuat pelantikan politik. Mereka hari ini membawa usul untuk menukar speaker dewan undangan negeri melaka dan akhirnya telah melantik Ab Rauf Yusof sebagai speaker yang baharu.

Sejak kerajaan Melaka bertukar kepada Perikatan Nasional. Rakyat Negeri Melaka sediamaklum mengetahui bahawa segala lantikan politik di dalam kerajaan Negeri Melaka telah di buat oleh Ab Rauf Yusof kerana dia merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka juga Pengerusi BN Negeri Melaka. Dia lebih berkuasa daripada Ketua Menteri Melaka sebenarnya dalam pelantikan dalam Kerajaan Negeri Melaka.

Kerana itulah Ketua Menteri Melaka iaitu Sulaiman Md Ali hari ini tidak mempunyai aura dan tidak mampu untuk membuat keputusan membelakangi Ab Rauf Yusof. Itulah hakikat yang berlaku pada hari ini di bawah Kerajaan Perikatan Nasional. Oleh sebab itu jugalah Rafiq Naizamohideen ADUN Paya Rumput daripada Parti bersatu terpaksa akur dengan apa yang dilakukan oleh Ab Rauf Yusof.

Kita orang melayu mudah kan kena tipu dengan pemimpin melayu ?? Ya. Oranh kita memang mudah kena tipu dengan slogan Kerajaan melayu Islam sedangkan apa yang berlaku hari ini di dewan undangan negeri tidak lansung mencerminkan kerajaan Perikatan Nasional Melaka membawa slogan Melayu Islam malah ia memburukkan imej melayu islam itu sendiri.

Di harap kawan kawan saya di dalam Bersatu di peringkat akar umbi terus istiqomah dalam menentang kerajaan Perikatan Nasional yang di ketuai oleh pemimpin UMNO dan terus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan untuk merampas kembali kerajaan yang telah di curi oleh pemimpin UMNO ini.

Berdoalah kita semua di bulan yang mulia ini. Agar kita semua di lindungi oleh allah Swt

Sumber:https://www.facebook.com/groups/adlyzahari/permalink/1493037840870216/

COMMENTS