Kejayaan Ryan Bakery dan Ume Cikin raih populariti jadi inspirasi, ‘tak ada gelek2 pun..’

Kejayaan Ryan Bakery dan Ume Cikin raih populariti jadi inspirasi tak ada gelek2 pun

Kejayaan Ryan Bakery dan Ume Cikin raih populariti jadi inspirasi, ‘tak ada gelek2 pun..’ Nama Ryan Bekry dan Umi cikin merupakan nama besar dalam dunia tiktok. Sekali post, berjuta akan tengok.

Menjadi influencer adalah impian ramai anak muda zaman sekarang. Pun begitu, jalan bagaimanakah yang akan dipilih untuk meraih populariti?

Bercakap mengenai isu ini, Ryan Bakery dan Ume Cikin wajar dijadikan teladan selaku content creator yang berjaya mencipta nama tanpa menggunakan cara kotor.

Macam-macam Ryan perlu hadap sebelum popular sampai tahap macam ni.

Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bin Bakery dahulu telah dibuang kerja setelah pandemik melanda. Terpaksa tinggalkan bidang kargo penerbangan, dia pulang ke kampung dan cuma melakukan kerja-kerja biasa untuk menjana pendapatan. Namun siapa sangka, content mengimbau zaman 90-an yang diinspirasikan daripada pengalaman hidup sendiri mendapat sambutan luar biasa.

Kejayaan Ryan Bakery dan Ume Cikin raih populariti jadi inspirasi, 'tak ada gelek2 pun..'

Hanya bermodalkan imej seluar sukan ataupun muka dipenuhi bedak tabur, ia sudah cukup untuk menghiburkan ramai. Tiada solekan atau aurat yang dibuka, tetap ramai yang minat..Ada identiti & kuat peribadi

Sama juga halnya dengan Ume Cikin yang sangat dikenali dengan celoteh bersahaja ketika membuat video. Walaupun cuma membuat aktiviti ringkas misalnya seperti memasak di luar rumah ataupun sedang bersama adik beradiknya, cara bercakap yang sangat laju dan sarat dengan dialog lawak menjadi tarikan utamanya.

Tanpa perlu menjual maruah diri persis yang banyak dilakukan anak gadis zaman sekarang, Ume meraih populariti dengan cara terhormat. Masyarakat kita dah tak dahagakan content murahan…Masyarakat nak content berisi, baik & memberi kesan

Daripada perjalanan mereka berdua mencipta nama, ternyata banyak pengajaran yang boleh dihadam khususnya dalam konteks kerjaya sebagai content creator. Tidak perlu melakukan benda bukan-bukan, apalagi sekarang masyarakat sudah semakin bijak menilai.

BACA:

Terkini : Najib pecat Shafie Abdullah sebagai peguam bela

Didakwa terima wang UKSB RM2.6 juta, akhirnya Tun M buka mulut

Kecoh sekumpulan pemuda buat pesta arak dalam kolam homestay

CATEGORIES