Kedai sarbaneka kena kecam selepas buat ayat ‘hanya orang OKU tak buang lepas makan’Sudah menjadi tanggungjawab bersama dalam memastikan kebersihan kedai yang dikunjungi dan mengutip sampah terutamanya di cawangan kedai serbaneka.
Namun janganlah sampai menghina apabila meja tak dibersihkan kerana pastinya ada pelanggan yang tidak maklum kerana menganggap ada pekerja yang akan mengemaskan tempat tersebut.
Tidak hanya itu, tak perlu samakan orang yang tidak bertanggungjawab dengan Orang Kurang Upaya (OKU) hanya kerana isu tidak membuang sampah.
Banyak persoalan timbul, sama ada OKU ini memang dilihat sebagai pemalas atau ada maksud tersirat disebaliknya.
Seorang pengguna Twitter, Jalal Misai (@jilmisai) memuat naik satu gambar yang jelas menunjukkan peringatan namun menyoal sama ada perumpamaan seolah menghina golongan OKU begini diperlukan.
Jalal memaklumkan bahawa gambar tersebut dikongsi kepadanya dan menyatakan lokasi dan nama kedai serbaneka tersebut bersama ciapan asal.
“Ada orang mesej bagi gambar ni maghrib tadi.
“Nak bagi peringatan kepada pelanggan, tak ada masalah.. Tapi, perlu ke buat perumpamaan seolah menghina golongan OKU begini?,” tulisnya pada ciapan tersebut.
Pengguna Twitter mengecam tindakan kedai tersebut kerana memburukkan satu golongan yang tidak bersalah.
Ada orang mesej bagi gambar ni maghrib tadi..
Nak bagi peringatan kepada pelanggan, tak ada masalah.. Tapi, perlu ke buat perumpamaan seolah menghina golongan OKU begini? 🤔
Location : Family Mart NU Sentral. pic.twitter.com/4bA6uIkHz0
— Jalal Misai (@jllmisai) January 17, 2023
“Kenapa perlu samakan perkara yang buruk dengan satu golongan sahaja, pelanggan juga perlu faham Family Mart (FM) bukan kedai makan, konsep hanya untuk makan sekejap dan staf juga tak banyak,” komen @drnotak.
“Setakat tulis ‘Tolong buang selepas makan’ pun dah cukup. Tak perlu nak tambah-tambah ayat lain. Ni bukan tak ada common sense, tapi jenis yang mengikut perasaan. Perasaan melebihi daripada akal fikiran.”komen pengguna lain, @4rcr4y69.
Sebelum ini timbul isu kebersihan di kedai dan lokasi yang sama, di mana pelanggan menyoal bagaimana pekerja di kedai tersebut boleh kerja dalam persekitaran yang dipenuhi sampah.
BACA:
Sumareh kena sound dengan TMJ – “dont bodek me, i will kick your ass later”
Dakwa ada babi dalam perasa makanan terkenal – “Itulah pentingnya english education”, kata netizen