Kedai mamak guna ulat sebagai perasa tambahan kuah kari, ini reaksi pengunjung

Oleh INFORAKYAT

Kedai mamak guna ulat sebagai perasa tambahan kuah kari, ini reaksi pengunjung. Seorang wanita terkejut selepas menemui seekor ulat di dalam kuah kari ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran mamak baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna laman sosial TikTok, wanita berkenaan hanya menyedari bendasing itu setelah roti canainya habis dan kuah kari juga berbaki lagi sedikit.

Dia hanya mampu tersenyum sambil menahan rasa loya mengetahui ulat berada di dalam makanannya.

Kedai mamak guna ulat sebagai perasa tambahan kuah kari, ini reaksi pengunjung

“Pelajaran hari ini. Walau apa pun tetap rezeki,” tulis pengguna yang menggunakan akaun @milokfc.

Daripada komentar orang ramai, kejadian dikatakan berlaku di sebuah restoran mamak di Shah Alam, namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang memberitahu pernah berdepan pengalaman sama ketika makan di restoran mamak.

Ada juga yang mengatakan bahawa kualiti kebersihan restoran mamak sangat tidak memuaskan seperti dahulu.

“Sebab inilah aku tak berani makan dekat mamak, last aku makan dekat nasi ada ulat,” komen @Nemm ft. Kimm

@hewwooyouuupelajaran harini; walau apa pun tetap rezeki 🤣👍🏻♬ original sound – milokfc

“Aku pun pernah kena. Beli tapau mee goreng mamak sekali dpt mee goreng kumbang. Dah lah aku makan separuh dah masa tu. Lepastu auto tak pergi mamak dah,” komen @yaya pula.

“Jangan makan mamak do sekarang banyak tak bersih,” kata @Mohamad Farid18.

BACA:

Menteri disahkan meninggal dunia selepas kena tembak dengan pegawai polis

KWSP: Pengeluaran khas RM10,000 hingga RM30,000 sebelum aidilfitri