Kedai dah jadi ‘port’ ponteng puasa dan berasmara, perbuatan akak ni buat ramai terpekik lari

Kedai dah jadi ‘port’ ponteng puasa dan berasmara, perbuatan akak ni buat ramai terpekik lari. Selalunya kawasan rumah kedai atau perumahan yang terbengkalai dan sunyi sepi pasti akan kelihatan seram buat sesetengah orang. Walau bagaimanapun, ada pula segelintir individu tidak bermoral menjadikan ia port untuk melakukan perkara bukan-bukan seperti yang diceritakan oleh seorang wanita ini.
Tak kira laki ka perempuan sama naikβ¦Dah makan simpanlah
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, wanita yang bernama Kieda tersebut sempat meluahkan rasa kecewa apabila melihat parkir kereta di belakang bangunan kedainya dipenuhi dengan sampah sarap. Jelasnya lagi, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu yang ponteng puasa pada siang hari sebelum buang plastik makanan merata-rata.
@kiedaamy97_ Tak kira laki ka perempuan sama naik. Dah makan simpann laa . Buat kerja bg clean π #fypage #viraltiktok
β¬ original sound – πΊππππ°ππ’π€ – πΊππππ°ππ’π€
Belakang ni port orang kencing, orang bercinta, port orang buka posa tengah hariβ¦Hari-hari keras perut gelak
Gara-gara merasa geram, Kieda dan beberapa orang pekerja lain bertindak menegur individu-individu yang ingin melakukan hal sama selepas itu. Malah wanita tersebut siap menggunakan mic dan juga speaker untuk buat pengumuman supaya βmerekaβ tidak lagi berani lagi datang ke lokasi tersebut.
@kiedaamy97_ Reply to @syusyuhadaalaa belakang ni port org kencing , port org bercinta , port org buka posa tengah hari. Hahaha hari2 keraih perutt gelakk π€£π€£ #fypage #viral #fypγ·γviral
β¬ original sound – πΊππππ°ππ’π€ – πΊππππ°ππ’π€
Belakang tu memang line clear, kena pulak kedai nasi kandaq bawah tuβ¦Ingat sekolah buat pengumuman
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup terhibur melihat gelagat Kieda bersama rakan sekerjanya. Namun, ramai yang memuji tindakan bijak wanita itu dalam menangani perbuatan-perbuatan tidak bermoral di kawasan berkenaan dengan cara tersendiri.
TONTON:
BACA:
Isu NFCorp: Mahkamah persekutuan kekalkan kemenangan Rafizi Ramli
Isham Jalil cabar MB Terengganu sumpah laknat tiada rancangan jatuhkan pemimpin Umno
Selepas dihentam tunggu duit KWSP tak masuk, ini respon Tengku Zafrul