Kedah dulu cipta sejarah membanggakan, kini mahu tunduk kepada pembalak?

Kedah dulu cipta sejarah membanggakan, kini mahu tunduk kepada pembalak?

Dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk menyelamatkan kawasan tadahan air untuk membantu 4 juta penduduk!

Kini, Konsesi balak mahu dibuka semula untuk mengisi poket si Pembalak.

Dahulu, konsesi balak diberhentikan untuk memberi bekalan air kepada sawah di Kedah & perlis. Pengeluar 50% sumber beras negara!

Kini, si Pembalak diagungkan dan kepentingan rakyat dan petani digadaikan.

Dahulu, pelaburan strategik di Kedah meningkat x3 kali ganda!

2018-RM2.3Bilion
2019-RM7.71Bilion!

Anak muda dapat pekerjaan berpendapatan tinggi di kilang kilang baru di Kulim Hi-tech park.

Kini, si Pembalak dapat “pekerjaan” baru.

Dahulu, Kedah mencipta SEJARAH, mencatatkan pelaburan sektor pembuatan di tangga ketiga teratas selepas Selangor & Pulau Pinang. Peningkatan 400% dari tahun 2018.

Kini, SEJARAH baru lagi tercipta, khazanah Kedah dijarah demi “Pelaburan strategik” si Pembalak!

Jangan jual rakyat.
Jangan jual hutan.
Jangan jual khazanah Kedah demi kawan kamu, si Pembalak.

Takut disaman pembalak? Katanya ada saman RM1Bilion? Sanggup tunduk ke pembalak? Buktikan saman RM1bilion itu wujud & kerajaan negeri akan kalah. Berani kerana benar.

Moga Allah swt terus melindungi Kedah dari tangan tangan pemimpin yang tidak amanah.

Sumber:

COMMENTS