Orang meninggal dunia didaftarkan sebagai pemegang polisi INSAN?
Pra-pendaftaran dibuat berdasarkan maklumat SPR yang dikumpul pada tahun 2022.
Sekiranya si mati meninggal dunia pada Mei 2022 tetapi di-pra-daftarkan pada Oktober 2022,
ini bererti maklumat si mati masih wujud dalam pengkalan data SPR pada ketika itu.
Maka penyokong PN kene tanyalah kerajaan PN pada ketika itu apasal maklumat SPR tidak update. Apakah wujud pengundi hantu pada ketika PN berkuasa?
Susulan pra-pendaftaran, setiap seorang individu yang ditawar polisi ini masih perlu mengesahkan diri setuju terima.
Caranya memuat turun aplikasi WavPay, memuat naik gambar selfie bersama MyKad dan klik setuju terima.
Individu yang tidak mengesahkan setuju terima bukan pemegang polisi dan tidak layak sama sekali membuat tuntutan pampasan sekiranya berlaku kematian atau penyakit kronik.
Yang layak membuat tuntutan pampasan RM10,000 sehingga RM20,000 (terpulang pada skim insurans konvensional atau skim takaful) hanya individu-individu yang membuat pengesahan setuju terima menjadi pemegang polisi.
#KitaSelangor
#FriendsOfSelangor