Kecoh sindiket pelancongan menipu pakej ke Langkawi, ini penjelasan Polis

sindiket

Kecoh sindiket pelancongan menipu pakej ke Langkawi. Polis Langkawi belum menerima sebarang laporan berhubung sindiket penipuan pakej pelancongan sepanjang tiga hari pelaksanaan gelembung pelancongan di pulau peranginan sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima laporan berkenaan sindiket terbabit, namun tidak dapat memastikan sekiranya ada laporan di buat di tempat lain.

“Di Langkawi, setakat ini tiada laporan dibuat berkenaan penipuan sindiket pakej pelancongan itu.

“Biasanya pelancong buat laporan dari tempat dia (tinggal), sebab dia kena buat laporan berdekatan dengan tempat dia ditipu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan ada sindiket penipuan pakej pelancongan yang mula mengambil kesempatan dengan memperdaya pelancong yang ingin bercuti di Langkawi.

sindiket

Sindiket yang bergerak aktif di sosial media seperti Facebook tersebut menawarkan pakej-pakej pada harga murah dan tidak munasabah.

Antara pakej yang ditawarkan sindiket ini adalah pakej bilik, kereta sewa, naik bot ke pulau dan menaiki ‘banana boat’ pada harga RM280 untuk empat orang selama tiga hari dua malam.

Sindiket ini didapati kembali aktif apabila Langkawi kini dijadikan sebagai projek rintis gelembung pelancongan yang menyaksikan lebih kurang 8,000 orang memasuki Langkawi sepanjang tiga hari pelaksanaannya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/polis-langkawi-belum-terima-laporan-tipu-pakej-pelancongan/

BACA: Pembinaan Hospital Bachok disambung semula bulan depan, gagal siap Disember tahun lepas

CATEGORIES