Kecoh sekumpulan pemuda buat pesta arak dalam kolam homestay

Oleh INFORAKYAT

Kecoh sekumpulan pemuda buat pesta arak dalam kolam homestay. Kecoh sekumpulan pemuda buat pesta arak dalam kolam homestay, baru-baru ini tular satu insiden di Langkawi, apabila sekumpulan pemuda lelaki menyewa dan enjoy sakan di sebuah homestay.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh Andy Suffean Jr. menerusi Facebook Group Info Terkini Apa Hari Ini, dapat dilihat sekumpulan pemuda lelaki menyewa dan enjoy sakan di sebuah homestay ini tidak menjaga sensitiviti tempat yang mereka sewa serta dengan selamba badak dia masukkan puluhan tin arak sambil meminumnya dalam kolam renang.

Bukan itu sahaja yang terjadi, difahamkan kumpulan ini turut menyewa Toyota Vellfire serta menggunakannya dengan memandu secara berbahaya dan tidak berhemah sebelum dihalau oleh pemilik kereta. Tindakan tidak bertanggungjawab dan kurang kesedaran sivik yang ditunjukkan jelas memberi masalah kepada owner homestay dan kereta dalam membersihkan semula kereta tersebut.

Netizen turut meluahkan rasa berang terhadap kumpulan lelaki ini. Berikut merupakan komen netizen mengenai insiden yang berlaku.

Ada netizen yang mengharapkan agar owner homestay ini senarai hitamkan terus kumpulan ini serta membuat pembersihan secara penuh sebelum menerima pelanggan baharu. Tidak kurang yang juga yang berpendapat adalah tidak adil untuk memukul rata sesebuah kaum hanya disebabkan sebuah video yang tular.

Kecoh sekumpulan pemuda buat pesta arak dalam kolam homestay

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar insiden seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja mampu membawa imej buruk kepada sesebuah kaum, malah bakal menyusahkan pelbagai pihak khususnya pemilik dan juga pelanggan seterusnya.

BACA:

Kehilangan Ameera Khan akhirnya terjawab, Neelofa dedah..

Pemuda ini kongsi buat fail peribadi masukkan semua isi penting, ‘senang lepas ni jadi apa-apa’

Pas mahu sendirian tadbir Kedah, tak mahu parti lain – Hadi