Kecoh satu taman tengok bapa hantar anak sekolah pakai pesawat ‘Microlight’

Oleh INFORAKYAT

Kecoh satu taman tengok bapa hantar anak sekolah pakai pesawat ‘Microlight’. Unik dan istimewa, apabila seorang ayah menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah pesawat ‘Microlight’, di Pedas, Negeri Sembilan.

Di dalam video yang dimuat naik oleh @kuziking4 di TikTok kelihatan dirinya sedang terbang di udara bersama anak lelaki di sebelahnya, dengan hanya memakai kain pelikat dan topi keledar.

Katanya, pesawat itu boleh terbang sehingga 500 meter di udara dan berharga RM40,000 hingga RM100,000 sebuah.

Dia juga sering berkongsikan aktiviti menerbangkan pesawat ‘microlight’ itu di akaun TikToknya sehingga berjaya mencuri tumpuan orang ramai.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen kagum dengan ‘hobi mahal’ lelaki itu yang jarang-jarang dilakukan oleh rakyat negara ini, selain memuji keberanian anaknya menaiki pesawat tersebut.

Kecoh satu taman tengok bapa hantar anak sekolah pakai pesawat 'Microlight'

“Lama tunggu ‘kereta terbang’, akhirnya ada pun. Jarang terjadi ini ayah hantar anak ke sekolah naik pesawat,” komen seorang netizen.

“Pengalaman tidak ternilai untuk si kecil itu.. semoga menjadi juruterbang suatu hari nanti,” komen netizen yang lain pula.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 938,600 tontonan, 68,000 tanda suka dan 1,843 perkongsian.

@kuziking4mat selamat mendarat di negeri atas angin

♬ bunyi asal – kuziking4

BACA:

“Besarnya lubang kau Norreen” – netizen kecam pakai baju nampak pusat

Semua terkejut transgender ini menang Miss America, ‘juri dah gila ke apa?’

Anak Sultan Brunei dan Azrinaz dah besar, “cantik macam bidadari”