Kecoh satu KLCC, wanita maut terjatuh dari tingkat empat

Oleh INFORAKYAT

Kecoh satu KLCC, wanita maut terjatuh dari tingkat empat. Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata kejadian berlaku pada 9.38 malam.

Menurutnya, Pusat kawalan Daerah Dang Wangi terima panggilan orang awam pada 9.45 malam memaklumkan kejadian itu.

“Hasil siasatan awal mangsa adalah seorang wanita berusia 23 tahun.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita itu seorang diri berjalan di aras empat lalu memanjat penghadang besi sebelum terjatuh,” katanya dalam kenyataannya, malam tadi.

Kecoh satu KLCC, wanita maut terjatuh dari tingkat empat

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

BACA:

Rupanya arwah Fajim pernah terbabit kemalangan pesawat sebelum ni, ini kisah sebenar

Arab Saudi buat projek “gila”, belah padang pasir bina bangunan mewah 120 Kilometer

‘Selama hidup tak pernah minum kopi semahal ni’-Kisah pakcik masuk Starbuck buat netizen ketawa