Kecoh Rosnah Mat Aris bomohkan suami, ini respon tuan badan. BIARPUN kerap diajukan soalan tentang tips berkahwin dengan lelaki muda, dedah Rosnah, 67, masih ada segelintir individu yang beranggapan bahawa dirinya menggunakan cara yang salah.
“Biasanya mereka yang datang menjadikan saya rujukan tu anggap saya pakai sihirlah… Buat laki jadi bodoh. Saya cakap balik, ‘kau rasa kau nak ker buat laki kau jadi bodoh, tunduk jer masa jalan?’.
“Come on lah! Tak mainlah… Saya tak main benda tu. Saya minta pada Allah biar dapat suami yang boleh jaga saya. Sakit pening saya, suami jaga. Biar mati sekali pun biarlah atas peha dia.
“Bagi saya kalau soalan tu seolah-olah saya ni mandremlah (bomoh) membolehkan kami bertahan selama 14 tahun, jawapan saya tidak…
“Tiga perkara perlu dipegang walaupun dia lebih muda dari saya; jujur, ikhlas, amanah! Maka, akan selamatlah rumah tangga.
“Apa saja rahsia pun hanya suami dan isteri yang tahu. Dia tak pernah sorok apapun di belakang saya. Itu satu kelebihan yang ada padanya (suami).
“Dia kata pada saya, orang lain cemburu dengan kita dan akan buat macam-macam kepada kita. Mereka kata, setahun dua cerailah tu. Itu doa orang,” kongsi pelakon itu kepada Gempak.
Rosnah ditemui pada majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Selain Rosnah, filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Khatijah Tan, Raja Azura, Normah Damanhuri, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.
Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu menampilkan sisi lakonan berbeza Khatijah, Normah dan Raja Azura.
Dalam pada itu, akui Rosnah sepanjang perkahwinanya bersama Tajul Effendie Isa, 41, tidak pernah sekali pun mereka bertengkar hingga bermasam muka.
“Saya tahu ramai orang bertanyakan pasal berkahwin dengan lelaki lebih muda. Masalahnya saya simpan suami dalam almari perhiasan, kunci itu di tangan saya! Orang boleh tengok, dekat tak boleh.
“Alhamdulillah, kami sudah 14 tahun berkahwin, tak pernah bergaduh besar-besar… Allah itu bagi hadiah untuk kita…
“Kami beza usia 26 tahun dan tak tahulah… saya ni dapat lelaki yang matang berbanding dengan orang seusia dia. Memang karakter dia macam tu, matang tak kena dengan umur.
“Dia punya hormat kita, selalu minta maaf, bercakap dengan nada yang baik-baik. Pendek kata dia yang manjakan kita.
“Sampaikan kita yang kasar ini boleh jadi lembut, bersopan, berbudi bahasa. Lebih mudahnya saya kata apa saya suka dia suka, apa dia suka saya suka, jadi kami satu,” tambahnya.
Rosnah dan Tajul mendirikan rumah tangga pada 13 November 2008 di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak. Awalnya, Rosnah menafikan sudah mendirikan rumah tangga, namun akhirnya mengaku terpaksa merahsiakan perkara itu atas alasan peribadi.
BACA:
Kambing peliharaan gadis ini jadi tumpuan, “minta tidur atas riba je, manja sangat”
Gara-gara raya terkejut, tuan rumah sediakan duit syiling untuk tetamu satu tong
Padah gurau pasal muka Bilal, Neelofa ketuk Nabil pakai microfon