Kecoh pegawai Sanusi bertengkar dengan orang awam

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan satu kejadian yang tular di media sosial melibatkan beberapa individu,

Termasuk seorang lelaki yang didakwa sebagai pegawai kepada Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, memaklumkan bahawa pihaknya menerima dua laporan polis

mengenai insiden tersebut daripada dua individu berusia 48 dan 54 tahun, masing-masing pada pukul 1.25 pagi dan 10.58 pagi, hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 11.50 malam di sebuah lokasi di kawasan ini.

Kecoh pegawai Sanusi bertengkar dengan orang awam

“Rakaman video menunjukkan beberapa individu terlibat dalam pertelingkahan dengan seorang lelaki yang berada di tempat duduk pemandu sebuah kereta.

“Polis telah membuka kertas siasatan berdasarkan laporan yang diterima, di bawah Seksyen 352 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Video berdurasi satu minit 20 saat yang tersebar di media sosial memaparkan beberapa individu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang lelaki yang dikatakan pegawai Menteri Besar, selepas dia didakwa mengasari wakil peniaga di Tapak Pasar Malam Jalan Pegawai.

Dalam video itu, lelaki berkenaan menafikan tuduhan bahawa dia mengasari peniaga tersebut, namun seorang individu lain memaklumkan bahawa kejadian tersebut akan dilaporkan kepada polis.

BACA: Rupanya bahaya badan sejuk tetapi berpeluh, ini cara atasinya pasti jadi