Kecoh minum di kelab malam, Aliff Aziz buat perangai lagi?

Kecoh minum di kelab malam, Aliff Aziz buat perangai lagi?

Kecoh minum di kelab malam, Aliff Aziz buat perangai lagi? Baru-baru ini, tular di media sosial video pelakon Aliff Aziz berada di sebuah kelab malam dan dilihat sedang berseronok dengan yang lain. Video yang tular itu turut menimbulkan spekulasi pelakon itu telah curang dengan isterinya seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini.

Di dalam video yang tular itu, Aliff dilihat berada di sebuah kelab malam bersama-sama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya. Namun pelakon Shahidan Izwan tampil menjelaskan mengenai video yang mengaitkan Aliff Aziz ini.

Difahamkan, video yang tular itu sebenarnya adalah semasa sesi penggambaran drama yang melibatkan Aliff Aziz dan beberapa pelakon lain termasuklah dirinya. Dalam hantaran di Instagram Story itu juga, Shahidan memberitahu kedua-dua mereka berada di kelab malam itu atas tugas lakonan semata-mata.

“Tak pasal-pasal member kena fitnah.”

Kecoh minum di kelab malam, Aliff Aziz buat perangai lagi?

Malah jelasnya, babak di mana Aliff dilihat memegang cawan mengandungi minuman keras juga adalah lakonan semata-mata kerana minuman di dalam cawan itu hanyalah air berkarbonat berperisa epal sahaja. Menurut Shahidan lagi, mereka pada waktu itu sedang menjalani penggambaran drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Video yang tular

@mstarmalaysia Wahhh, Aliff Aziz tengah shooting drama ke tu? #BeritaDiTikTok #mStar ♬ original sound – mStar Official

Perkongsian dari pelakon ini sedikit sebanyak membersihkan semula nama Aliff Aziz yang dikatakan kembali curang dengan isterinya. Terdahulu, tular di media sosial video seorang individu yang mendakwa melihat pelakon lelaki itu di sebuah kelab malam bersama seorang wanita kira-kira jam 5 pagi.

BACA JUGA : 

Remaja dari Pahang maut kena pijak gajah

Khalid Jamlus tak puas hati dengan strategi Kim Pan-Gon

Kerana curi kad Touch n Go mangsa tanah runtuh Batang Kali, penjawat awam direman

CATEGORIES