Kecoh Miera Liyana jadi punca madu dicerai suami, sekali tuan badan buka mulut.
Madu kepada pelakon Miera Liyana, iaitu Adibah Abdul Mutalib tetap mahu mempertahankan rumah tangganya bersama suami, Rosland Othman yang telah dibina selama 28 tahun.
Dipetik dari laporan berita tempatan, Adibah menyatakan bahawa dia dan Rosland yang juga suami kepada Miera Liyana sudah dua tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama,
serta akui sudah melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga, namun terpaksa akur dengan keputusan pihak jabatan agama.
“Jangan Nak Gila Glamour..”
Dalam pada itu, Miera Liyana menerusi hantaran di Insta Stories, tampil menegaskan bahawa setiap pihak mempunyai sisi kisah masing-masing, dan meminta pihak terlibat untuk tidak ‘gila glamour’.
“There’s always 2 side of every story. Jangan nak gila glamour.”-tegas Miera Liyana
Hati-Hati Dengan Fitnah
Akui orang ramai bakal mengetahui kebenarannya, Miera turut meminta semua pihak untuk berhati-hati dengan fitnah di akhir zaman.
“One day you guys will know the truth. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.
Sekian dari Miera Liyana, nak masak jap untuk husband dan anak-anak k bai.”-tulis Miera
Beri Teguran Kepada Netizen
Pelakon drama Biar Aku Jadi Penunggu ini juga dilihat memberikan teguran kepada netizen yang mengaitkan arwah bapanya terhadap kemelut yang sedang berlaku dalam rumah tangga suaminya bersama madu.
“Jangan main orang meninggal sedang kita mempunyai mak bapak dan semua orang akan meninggal satu hari nanti.”-tegur Miera
BACA: