Kecoh !!! K’jaan Terengganu roboh sangkar ikan rakyat, satu penindasan

Kecoh !!! K’jaan Terengganu roboh sangkar ikan rakyat, satu penindasan

Kekecohan berlaku di Paka, Terengganu semalam apabila kerajaan negeri di bawah Pas melalui Pejabat Tanah Dungun dikatakan cuba untuk merobohkan sebuah kolam ikan air masin milik sebuah syarikat Bumiputra tempatan.

Ahmad Abdullah, pemilik syarikat Mad Paka Global Resources Sdn Bhd melalui facebooknya memuat naik kekecohan yang berlaku di sekitar sangkar ikan beliau itiu.

“Terima kasih PDTD di bawah pemerintahan Kerajaan Pas Negeri Terengganu kerana cuba merobohkan sangkar ikan dan menghancurkan periuk nasi anak tempatan bumiputera.

“Kami melihat tindakan sebegini yang dilihat oleh warga Dun Paka adalah sangat tidak adil!!Mohon berlaku adil dan bawa berbincang untuk mencari jalan penyelesaian,kami usahawan bumiputera dan anak tempatan mohon diberi peluang dan kerjasama,” tulis Ahmad dalam facebook beliau.

Menurut aktivis politik Terengganu, Yuslaini Azmi yang menghubungi Ahmad, pemilik sangkar ikan itu berkata, pihaknya sebelum ini telah berjaya mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Terengganu bagi perniagaan ikan air masin (akua kultur marin) namun hari ini Pejabat Tanah Dungun mengeluarkan notis menyatakan mereka menceroboh tanah kerajaan negeri pula.

“Saya mengharapkan kerajaan negeri Terengganu menyelesaikan kemelut ini dengan lebih baik, bertoleransi dan bersikap adil pada rakyat Terengganu khususnya. Kita semua sedang melalui saat getir di mana satu dunia menghadapi masalah kelembapan ekonomi dek penangan virus Covid-19 ini.

“Takkan pula di saat kerajaan sepatutnya membantu rakyat, kerajaan negeri Terengganu hari ini memberi tekanan tambahan pada rakyat pula?” kata Yuslaini dalam satu kenyataannya.

Bagi beliau, ketika negara menghadapi penguncupan ekonomi akibat Covid-19, kerajaan negeri perlu bertoleransi dalam tindakan mereka.

“Kita sedang mengalami penguncupan ekonomi dan ramai yang sudah hilang pekerjaan akibat krisis global ini. Kerajaan seharusnya membantu usahawan kita untuk terus berdiri dalam lapangan ini bukan menutup periuk nasi mereka,” kata beliau.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/roboh-sangkar-ikan-kerajaan-negeri-terengganu-jangan-tindas-rakyat/

COMMENTS