Kecoh keselamatan data, pengunaan MySejahtera dilapor menurun 26%.Rekod daftar masuk MySejahtera turun 26 peratus iaitu kira-kira 6.3 juta pada 28 Mac, dua hari selepas kontroversi tercetus mengaitkan keselamatan data peribadi pengguna ekoran dakwaan pemilikan aplikasi itu oleh sebuah syarikat swasta berdaftar di Singapura.
Pada 26 Mac, CodeBlue melaporkan penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen yang mendedahkan MySejahtera dibangunkan oleh syarikat swasta, Entomo Malaysia Sdn Bhd (dahulunya KPISoft Malaysia Sdn Bhd), tanpa kontrak dengan kerajaan dan Kabinet telah meluluskan rundingan terus dengan sebuah lagi syarikat swasta, MySJ Sdn Bhd.
Menurut data GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai daftar masuk MySejahtera dan kontak yang dikenal pasti, pada 25 Mac menyaksikan 24,358,225 daftar masuk di semua lokasi yang didaftarkan, sebelum jatuh 26 peratus kepada 18,038,569 daftar masuk pada 28 Mac – titik terendah setakat tahun ini.
Kecoh keselamatan data, pengunaan MySejahtera dilapor menurun 26%
KKM merekodkan penurunan 17.2 peratus daripada purata 24.29 juta daftar masuk harian MySejahtera sepanjang minggu antara 19 Mac dan 25 Mac, kepada 20,106,659 daftar masuk pada 26 Mac, sebelum menurun semula kepada 19,279,238 daftar masuk pada 27 Mac dan ke 18,038,569 daftar masuk pada 28 Mac.
Walaupun pada 28 Mac menyaksikan daftar masuk harian paling rendah, trend itu telah menurun secara umum sejak awal tahun. Tahun ini, setakat 28 Mac, menyaksikan purata 26.6 juta daftar masuk harian pada aplikasi itu.
Berita asal: http://codeblue.galencentre.org
TONTON :
BACA:
Selepas setahun kahwin, Harris luah perasaan sebenar terhadap Neelofa
Kenyataan Prof dari UiTM dikecam netizen, “Tak boleh duduk dengan B40..”
PTPTN kongsi 3 cara mudah bayar pinjamanya, cara ke 2 paling menarik!