Kecoh isu Sarjan Tentera kena pecat tolak vaksin, Tentera Darat tampil dengan penjelasan

Kecoh isu Sarjan Tentera kena pecat tolak vaksin, Tentera Darat tampil dengan penjelasan. Mana-mana anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin Covid-19 boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib berikutan melanggar perintah tetap.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, sebagai anggota tentera, pengambilan vaksin adalah diwajibkan terutamanya sebelum melaksanakan sesuatu penugasan.

“Bagaimanapun, suntikan itu dikecualikan kepada mereka yang tergolong di dalam kumpulan yang tidak layak untuk menerima vaksin.

sarjan

Kecoh isu Sarjan Tentera kena pecat toalk vaksin, Tentera Darat tampil dengan penjelasan.
BACA JUGA : Sarjan dipecat, Persatuan minta ahli veteran jangan masuk campur

“Tindakan seseorang anggota tentera yang ingkar atau enggan untuk menerima vaksin boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah atau melanggar perintah tetap,” katanya hari ini.

TDM berkata demikian sebagai mengulas laporan diterbitkan di salah sebuah media bertajuk ‘Sarjan tentera dipecat kerana tolak vaksin Covid-19, hilang pencen’melibatkan Sarjan Wan Ramly Wan Seman.

Menurutnya, pengambilan vaksin di dalam kalangan anggota TDM diwajibkan atas dasar anggota hidup secara berkelompok.

BACA JUGA : Panas !!! Anggota tentera pangkat sarjan dilapor kena pecat kerana tolak vaksin

“Selain itu, peranan dan tanggungjawab TDM kini sebagai petugas barisan hadapan dalam melaksanakan penugasan mahupun latihan turut berdepan ancaman Covid-19.

“Sehubungan itu, adalah wajar untuk kesemua anggota TDM mengambil vaksin bagi mengekang penularan yang bukan sahaja akan berlaku dalam kalangan anggota tetapi menjangkiti keluarga,” tegasnya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/23/anggota-tentera-wajib-terima-vaksin/

CATEGORIES