Sebuah video tular mengenai kejadian aneh yang dilaporkan berlaku di negara China baru-baru ini telah menjadi perbualan ramai.
Kejadian aneh itu didakwa berlaku di ibu kota Beijing, China, di mana fenomena ‘hujan cacing’ dikatakan telah melanda bandar tersebut.
Video tersebut merekamkan momen ‘hujan cacing’ yang mengakibatkan ‘haiwan-haiwan’ tersebut tersebar luas, memenuhi jalan-jalan
Dan kenderaan-kenderaan di sekitarnya. Penduduk setempat terpaksa menggunakan payung sebagai perlindungan daripada fenomena ‘hujan cacing’ yang tidak dijangka tersebut.
Walaupun punca sebenar kejadian aneh ini masih belum diketahui dan dijelaskan oleh pihak berkuasa, jurnal saintifik Mother Nature Network memberikan pandangan bahawa kejadian ini mungkin disebabkan oleh haiwan yang dihanyutkan oleh angin kencang.
Menurut jurnal tersebut, fenomena seumpama ini boleh berlaku selepas ribut, di mana serangga atau haiwan terperangkap dalam pusaran angin.
Selain itu, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa ‘cacing-cacing’ yang turun sebenarnya bukanlah cacing, tetapi benih pokok tulip yang sering kelihatan seperti cacing.
Seorang netizen turut memberikan pandangan bahawa bunga pokok tulip biasanya mengeluarkan benih dalam jumlah banyak, yang sering disalah anggap sebagai cacing atau ular apabila gugur dari pokok.