Kecoh ‘food rider’ tiba-tiba ghaib, dah sebulan lebih motor tersadai

Kecoh ‘food rider’ tiba-tiba ghaib, dah sebulan lebih motor tersadai

Kecoh ‘food rider’ tiba-tiba ghaib, dah sebulan lebih motor tersadai. Misteri kehilangan pemilik motosikal yang dibiarkan tersadai sehingga berhabuk di sekitar Lalaport akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan sebenarnya ditahan polis.

Menerusi perkongsian di Facebook Apiz Mazuke, dia mendakwa bahawa lelaki itu ditahan kerana kes berkaitan dadah dan melakukan kekecohan di Mitsui Lalaport.

“Kes motor ini, pemilik ditangkap atas kes dibawah pengaruh syabu dan buat kecoh di Mitsui Lalaport dan mempunyai rekod dalam carian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kecoh 'food rider' tiba-tiba ghaib, dah sebulan lebih motor tersadai

“Harap keluarga dia cari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Hentikan story bab benda mistik ini,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial sekeping gambar yang memaparkan sebuah motosikal tersadai sehingga berhabuk dan pemiliknya pula ghaib.

Kejadian tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook Farhan Faris Hensem (GrabFood Malaysia).

Menurutnya, dia cuba mencari pemilik motosikal yang sudah lama ditinggalkan sehingga berhabuk di sekitar Lalaport.

“Assalamualaikum, nak tanya rider, kenal tak owner motor ini, katanya pemilik ghaib waktu buat. Motosikal sudah lebih sebulan dekat sini.

“Nak tanya siapa yang kenal, takut keluarga cari ke, nak tuntut motosikal ke, lokasi area Lalaport, tempat parking rider,”

TONTON:

BACA:

Subsidi petrol bersasar akan diperkenalkan kerajaan dalam masa terdekat

Pantau lokasi pasangan atau anak anda dengan guna apps ini

Wajah gadis buat tutorial tudung seiras Neelofa, tapi lain pula yang netizen komen

 

CATEGORIES