Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud, berkata kerajaan sedang memantau perkembangan berkaitan isu ini
Di semua IPT dan akan mengambil tindakan segera jika terdapat sebarang kegiatan GISBH yang melibatkan pelajar atau kakitangan di mana-mana institusi.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan bahawa tiada pelajar atau petugas
Dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikesan terlibat dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) setakat ini.
“Berdasarkan maklumat yang diterima, belum ada kes, tetapi kita sedang memantau.
Biasanya, setiap minggu ketika mesyuarat Kabinet, perkara ini akan dibentangkan.
Namun, setakat minggu lepas (penglibatan pelajar dan petugas IPT dalam aktiviti GISBH) belum ada laporan.
“Untuk peringkat KPT, kita akan membuat pemantauan pada hari Rabu ini.
Jika ada maklumat, kita akan mengambil tindakan secara bersama,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Simposium Elsevier-MTUN Ketiga sempena Hari Akademia 2024 anjuran Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Kuantan hari ini.
BACA: Muhyiddin Yassin goyang? Dr Maszlee serah bukti tuntutan bayaran palsu projek 1BestariNet