Kontroversi melanda media sosial baru-baru ini berkenaan dengan lima jenama biskut popular
Ada yang dikatakan mengandungi bahan penyebab kanser yang berbahaya.
Kehebohan ini berlaku setelah Persatuan Pengguna Hong Kong mengungkapkan hampir 60 jenama produk tepung, termasuk biskut, mengandungi bahan karsinogen, seperti yang dilaporkan oleh SCMP.
Beberapa biskut yang dikatakan mengandungi bahan karsinogen termasuklah:
Hup Seng Special Cream Cracker
Jacob Original Cream Cracker 93% Wheat Cereal
Julie’s Le-mond Lemon Puff Sandwich
Mini Oreo Original
Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich
KARSINOGEN adalah bahan-bahan yang dapat menyebabkan PERTUMBUHAN KANSER dalam sel dan tisu hidup. Ini disebabkan oleh kebolehan bahan-bahan ini untuk merosakkan DNA atau mengganggu proses metabolik sel.
Beberapa sumber karsinogen dalam kehidupan seharian termasuk rokok, sinar ultraviolet (UV) dari matahari, dan makanan yang diproses. Makanan yang diproses sering mengandungi bahan pengawet yang dapat meningkatkan risiko kanser usus.
Namun, seorang ahli kimia memberikan penjelasan bahawa biskut-biskut tersebut masih selamat untuk dimakan, dan perkara ini masih dalam pemantauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Masyarakat diingatkan untuk menunggu penjelasan rasmi dan tidak membuat andaian sendiri mengenai isu ini.
Kontroversi melanda media sosial baru-baru ini berkenaan dengan lima jenama biskut popular yang dikatakan mengandungi bahan penyebab kanser yang berbahaya.
Kehebohan ini berlaku setelah Persatuan Pengguna Hong Kong mengungkapkan hampir 60 jenama produk tepung, termasuk biskut, mengandungi bahan karsinogen, seperti yang dilaporkan oleh SCMP.
Beberapa biskut yang dikatakan mengandungi bahan karsinogen termasuklah:
Hup Seng Special Cream Cracker
Jacob Original Cream Cracker 93% Wheat Cereal
Julie’s Le-mond Lemon Puff Sandwich
Mini Oreo Original
Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich
KARSINOGEN adalah bahan-bahan yang dapat menyebabkan PERTUMBUHAN KANSER dalam sel dan tisu hidup.
Ini disebabkan oleh kebolehan bahan-bahan ini untuk merosakkan DNA atau mengganggu proses metabolik sel.
Beberapa sumber karsinogen dalam kehidupan seharian termasuk rokok, sinar ultraviolet (UV) dari matahari, dan makanan yang diproses. Makanan yang diproses sering mengandungi bahan pengawet yang dapat meningkatkan risiko kanser usus.
Namun, seorang ahli kimia memberikan penjelasan bahawa biskut-biskut tersebut masih selamat untuk dimakan, dan perkara ini masih dalam pemantauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Masyarakat diingatkan untuk menunggu penjelasan rasmi dan tidak membuat andaian sendiri mengenai isu ini.