Kecoh berebut ikan harga 10 sen seekor di Mydin, netizen perasan sesuatu pulak

Kecoh berebut ikan harga 10 sen seekor di Mydin, netizen perasan sesuatu pulak. Gara-gara promosi ikan mabong yang dijual pada harga 0.10 sen seekor.

Ramai warga Kelantan dilihat berebut-rebut bagi mendapatkan protein tersebut di cawangan Mydin Tunjung, Kota Bharu yang baru dibuka hari ini.

Menerusi laman sosial Instagram, video yang menyaksikan sekumpulan penduduk berebut-rebut bagi mendapatkan ikan tersebut tular.

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Kecoh berebut ikan harga 10 sen seekor di Mydin, netizen perasan sesuatu pulak

Melihat pada perkongsian berdurasi lima saat itu lagi, ramai lelaki dan wanita berpusu-pusu tanpa mengamalkan penjarakan sosial mengelilingi kaunter ikan terbabit yang sudah hampir habis.

Antara komen komen netizen:

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa terkejut mereka setelah melihat ramai warga Kelantan berebutkan ikan tersebut.

Tidak kurang juga ada yang gelisah melihatkan keadaan tersebut yang mungkin menjadi pencetus bagi kluster baru COVID-19 di Kelantan.

Video:

“Makcik pakcik tak kisah dah bertempur asalkan dapat ikan 10 sen, ooo berat,” komen seorang wargamaya.

“Pasni keluar kluster 10 sen dari Mydin,” ujar seorang wargamaya.

“Sabar makcik, penjarakan out,” luah seorang wargamaya.

“SOP oii, mari polis nanti tu kena semua sek demo,” tulis seorang wargamaya.

“Kelantan takde Covid kot,” usik seorang wargamaya lagi.

Difahamkan pembukaan cawagan pasar raya ke-67 di Kelantan ini melibatkan keluasan hampir 1 juta persegi, sekali gus menjadi Mydin terbesar di Malaysia.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Baca:

Teruja buat burger cheese terbang, sekali dengan kuali-kuali ‘fly’

KFC hanya tulis pakai pen menu nya habis dijual, sekali ini yang jadi..

Sebelum ni burung hantu suara Hana Delisha, sekarang macam Diana Danielle pula..

[/bg_collapse]

CATEGORIES