Kecoh benteng kumbahan Selangor pecah, tiada simpati hanya penuh dengan sindiran netizen

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Penduduk di Taman Sri Alam, Saujana Utama, di sini, berdepan detik cemas apabila benteng takungan air di kawasan mereka pecah petang semalam.

Mereka mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum air melimpah deras memasuki rumah-rumah penduduk berhampiran.

Hafifi Saleh, 38, salah seorang penduduk, berkata dia sedang berbual bersama rakan di luar rumah ketika kejadian itu berlaku.

Ketika itu, hujan sudah pun berhenti. “Tiba-tiba saya dengar dentuman yang amat kuat.

Saya menoleh dan melihat benteng takungan air runtuh. Air mula mengalir deras ke arah rumah saya dan rumah jiran,” katanya.

Kecoh benteng kumbahan Selangor pecah, tiada simpati hanya penuh dengan sindiran netizen

Hafifi, yang bekerja sendiri, berkata kejadian itu berlaku dengan sangat pantas. “Saya dan keluarga segera masuk ke dalam pacuan empat roda untuk menyelamatkan diri. Tak sempat menyelamatkan barangan, kerana air masuk dengan cepat dan setinggi dua kaki. Banyak perabot dan barang rosak,” katanya dengan nada kecewa.

Seorang lagi penduduk, Samsudin Adun, 49, mengungkapkan bahawa kejadian ini adalah kali kedua selepas insiden serupa pada 2014, namun kali ini lebih teruk.

Ketika kejadian, Samsudin dan keluarganya tidak berada di rumah dan hanya mengetahui peristiwa itu melalui mesej di kumpulan WhatsApp taman mereka. “Jiran-jiran memberitahu bahawa benteng takungan air di depan rumah kami pecah dan menyebabkan banjir kilat.

Kami segera pulang dan mendapati air masuk setinggi dua kaki. Namun, air surut dalam masa 30 minit,” jelasnya.

Samsudin berharap pihak berkuasa dapat segera membaiki tembok takungan air tersebut, memandangkan kawasan itu sering dilanda hujan lebat akibat Monsun Timur Laut.

Maisarah Ismail, Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor, berkata pihaknya akan membina benteng penghadang sementara di kawasan runtuhan untuk mengelakkan kejadian serupa berlaku sekiranya hujan lebat lagi.

“Dianggarkan 10 rumah terjejas teruk. Kami telah menasihati mangsa untuk berpindah, namun mereka memilih untuk kekal di rumah kerana air sudah surut dan mereka mahu memulakan kerja-kerja pembersihan,” katanya.

Beliau menambah bahawa kerja pembersihan rumah yang terjejas dan sisa runtuhan akan dimulakan pada malam itu juga sebelum kerja pembinaan benteng penghadang sementara dilakukan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang.

Benteng takungan air itu pecah menyebabkan limpahan air di seluruh taman perumahan, namun tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

BACA: Dari sewa rumah ke jutawan, ini kisah rakyat Malaysia yang berjaya ubah nasib hidup raih kekayaan yang tak disangka