Kecoh belasah lelaki di kawasan rumah, ini respon Sharnaaz Ahmad. Baru-baru ini, kecoh dengan kontroversi pelakon terkenal menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut pada Sabtu.
Hari ini, Sharnaaz Ahmad tampil memberi penjelasan mengenai isu panas itu selepas tiga hari ditahan reman. Kata aktor berumur 37 tahun, dia tidak boleh mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Namun, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad akan menceritakan perkara sebenar ketika sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Saya tak boleh cerita banyak sebab masih dalam siasatan. Apa yang digembar-gemburkan itu, hati-hati sebab masih dalam siasatan.
Apa yang dikeluarkan oleh pihak media itu tidak benar. Tunggu daripada peguam dan saya akan keluarkan statement dalam masa terdekat.
Terima kasih dekat pihak polis sebab telah membantu dari semua segi. Insya-Allah cerita sebenar akan keluar.
Saya tak bodoh
Tegas pelakon drama I Promise Janji Anaqi, dia tidak akan sesekali melakukan perkara bodoh yang boleh menjatuhkan nama sendiri dan keluarga.
Saya tak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi yang Sharnaaz panas baran, tunggu. Harap bersabar ya.
Dalam pada itu, bapa kepada Jebat Jayden Ahmad ini akan membuktikan dirinya tidak bersalah kepada orang ramai.
Teruskan sebab saya yakin saya tak bersalah. Saya akan buktikan ada kebaikan yang ada saya buat, yang tidak diceritakan tetapi akan diceritakan di mahkamah nanti.
BACA: