Kecoh ahli politik curang dengan isteri, keluar dengan artis terkenal pula

Kecoh ahli politik curang dengan isteri keluar dengan artis terkenal pula

Kecoh ahli politik curang dengan isteri, keluar dengan artis terkenal pula. NAMA penyanyi Cita Citata menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen kerana dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli politik bernama Didi Mahardika.

Isu ini menjadi topik perbualan selepas Cita dilihat memuat naik gambar menerusi media sosial di lokasi sama keberadaan cucu kepada Presiden Indonesia yang pertama itu.

Meskipun tiada sebarang perkongsian foto bersama, namun dalam salah satu gambar yang dimuat naik Cita, netizen telihat tangan seorang lelaki merangkul bahunya dipercayai Didi.

Cita tidak memberi sebarang maklum balas apabila dikatakan bercinta dengan suami orang.

Hubungan itu bagaimanapun tidak disenangi ramai kerana status Didi yang masih bergelar suami kepada seorang wanita bernama Rosmanizar.

Kecoh ahli politik curang dengan isteri, keluar dengan artis terkenal pula

Masih mengunci mulut mengenai perkara itu, Cita menerusi status di Instagram bagaimanapun memberitahu segalanya pasti akan terjawab tidak lama lagi.

“Masa akan menjawab,” jelasnya.

Sementara itu memetik laporan Suara, beberapa perkongsian di laman sosial milik Rosmanizar menunjukkan seakan rumah tangganya sedang bermasalah.

“Perasaan dibuang datang dengan segala emosi negatif yang membingungkan, keraguan denan diri sendiri dan hilang kepercayaan diri.

“Fokus pada dirimu sendiri dan biarkan mereka melakukan apa yang diinginkan.

“Tuhan tidak akan membiarkan hamba-Nya jatuh kerana keadaan sebegini. Tuhan akan menghinakan orang yang membuatkan kamu jatuh ketika dalam waktu sukar,” tulisnya.

BACA:

Kerjasama semula dengan Azmin, ini jawapan PKR

Murah je..hanya guna sabun cap ini dah boleh hilangkan ‘watermark’ di cermin kereta

CATEGORIES