Kecoh!!! Adun Perak bawa masuk ayam dalam sidang dun

Adun Perak bawa masuk Ayam dalam sidang dun .Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan (Adun) Hulu Kinta, Perak,membuat kelainan dengan membawa ayam segar ketika berbahas berkaitan harga barang keperluan asas.

Memetik laporan Malaysiakini Beliau berbuat demikian dengan memegang dan menunjukkan ayam itu kepada wakil rakyat lain kerana tidak puas hati dengan kenaikan harga barang.

Di samping itu juga beliau di laporkan juga membawa resit yang di belinya bagi membuktikan harga ayam tersebut dalam kawan kawasan Gunung Semanggol, Perak.

Dalam video  itu juga Muhamad Arafat antaranya membangkitkan apakah usaha yang telah dibuat oleh exco berkaitan untuk menstabilkan harga barang keperluan asas di negeri itu.

Memandangkan dua bulan lagi akan sampai kepada perayaan tahun baru cina.

“Saya nak hadiahkan ayam ini sebab tak ada tindakan yang diambil oleh exco. Saya nak tanya, ada tak dialog diadakan bersama peruncit, pengusaha dan pemborong untuk melihat di mana masalah sebenar kenaikan harga ini?

“Apa peranan exco, adakah ada tindakan diambil? Saya sendiri buat kerja macam exco contohnya kita panggil pemborong, peruncit dan rakyat untuk dapatkan maklumat di mana salah silapnya di mana puncanya ke arah penyelesaian,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2022 Perak ketika Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak ke-14 di sini pada Selasa.

Menurut satu laporan perdana menteri berkata Harga Barangan dijangka kembali stabil awal tahun depan.

Beliau berkata, sekatan pergerakan turut dialami oleh negara luar yang mengeksport produk makanan kepada Malaysia sekali gus mengakibatkan penawaran berkurangan.

BACA: Kes kematian pertama akibat Omicron dilaporkan

CATEGORIES