‘Kecik lagi dah jadi pembuli’ – Tular video budak belasah ramai-ramai sampai lunyai badan. Tindakan sekumpulan kanak-kanak termasuk perempuan membelasah rakan sebaya mereka di sebuah taman permainan mengundang kecaman netizen sejak semalam.
Perkongsian video dimuat naik pengguna Twitter, @pacik_kentang baru-baru ini memaparkan tiga kanak-kanak menumbuk dan menendang mangsa baju berwarna hitam.
“Dahsyat sungguh budak-budak sekarang, seperti kerasukan,” katanya menerusi ruangan kapsyen sekali gus meminta orang ramai berkongsi video berkenaan agar pembuli tersebut segera ditangkap.
Di ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati dengan mangsa dan meluahkan rasa geram terhadap kelakuan kanak-kanak berkenaan.
“Ibu mengandung sembilan bulan dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Senang-senang saja disepak, terajang. Memang biadab,” ciap seorang pengguna media sosial, @City01011.
“Allahu, mahu tercabut jantung dibuatnya. Semoga adik-adik saya tidak dibuli seperti ini,” ciap @fifieantasya.
“Geramnya saya. Kecil-kecil sibuk mahu tunjuk handal. Patut hantar ke juvana dan lihat saja sama ada masih berani atau tidak mahu bertumbuk,” komen pengguna @bm411.
Dasyat budak budak sekarang nee..spt kerasukan setan !!!
Please viral this video so that the culprits can be dealt with.. pic.twitter.com/7O44gEK8Sv
— Pacik Kentang (@pacik_kentang) January 23, 2023
Dalam pada itu, beberapa pengguna mendakwa kes buli tersebut dipercayai berlaku di Singapura berikutan bahasa pertuturan yang digunakan.
“Jika berlaku di Singapura, tidak usah risau kerana televisyen litar tertutup (CCTV) berada di mana-mana,” tulis seorang pengguna, @ohqal.
Hantaran video berdurasi 52 saat itu telah meraih 957 ulang ciap dan 159,600 jumlah tontonan setakat ini.
BACa:
Shuib rimas selalu dikaitkan dengan watie, ini punca sebenar..
Order nasi goreng sotong, sekali saiznya pulak boleh buat gaduh