Kebijaksanaan politik Tun M mampu runtuhkan kerajaan Muhyiddin

Kebijaksanaan politik Tun M mampu runtuhkan kerajaan Muhyiddin

Kekurangan yg ketara bagi pengkritik2 tegar Tun Mahathir spt Abg KY adalah cuba membina naratif baru berdasarkan persepsi dan cakap2 politik yg tidak berdasarkan fakta dan data analitikal yg sepadan.

Saya telah agak lama membuat kajian terhadap pemikiran dan politik Tun Mahathir dan sehingga kini saya masih belum dapat memposisikan mana2 satu tokoh politik yg dianggap sepadan dgn ketokohan Tun Mahathir sekalipun Anwar Ibrahim, yg dianggap seorang ikonik politik yg sangat berpengaruh dan cemerlang rekod pencapaiannya samada di dalam belia, UMNO dan pasca pemecatannya dari UMNO pada tahun 1998 lalu.

Naratif Abg KY yg memperlekehkan keupayaan Tun Mahathir kelihatan tidak disertakan dgn fakta yg meyakinkan.

Berikut saya menyenaraikan beberapa faktor yg saya yakin Tun Mahathir mampu menggugat dan meruntuhkan kerajaan TSMY tidak lama lagi.

Tun sejak awal mengatakan beliau mempunyai bilangan yg cukup utk membentuk kerajaan berbanding TSMY. Walaupun TSMY memiliki segala kelebihan sbg PM, yg mampu utk melakukan tawar menawar terhadap ahli2 Parlimen utk menyokongnya, namun sehingga sidang sehari pada 18 Mei yg lalu, Tun dipercayai mempunyai sokongan yg setanding dgn TSMY sehingga terdapat satu sumber yg boleh dipercayai mengatakan bahawa kedudukan sokongan TSMY dan Tun Mahathir adalah 50-50 (111 vs 111) di Parlimen.

Walaupun Tun Mahathir dituduh sbg penyebab keruntuhan kerajaan PH, namun sehingga kini Tun masih mampu mengemukakan alasan yg menyakinkan mengapa beliau bertindak demikian (meletakkan jawatan), dan byk pihak boleh menerima alasan beliau dan malah menjelang 18 Mei 2020 yg lalu, Tun berjaya mendapatkan sokongan tidak berbelah bahagi dari Datuk Seri Anwar (PH) dan juga Syafie Apdal.

Tun Mahathir juga berjaya mendapatkan kelulusan Speaker Dewan Rakyat untuk mengemukakan undi tidak percaya kpd TSMY, walaupun akhirnya sidang 18 Mei hanya sekadar mendengar titah Ke Bawah DYMM SPBYDPA sahaja.

Selepas sidang ringkas 18 Mei, YB Kujat dari Sarawak menyatakan sokongan kpd Tun Mahathir sementara YB Baru Bian, MP Bebas kelihatannya mula memainkan peranannya dalam politik Sarawak yg berpotensi utk memecahkan gabungan GPS.

Walaupun tidak mengistiharkan sokongan terbuka, adalah dipercayai bahawa Baru Bian kini dilihat oleh pemerhati politik seolah2 sbg kuda trojan Tun Mahathir yg berperanan utk melemahkan lagi solongan terhadap kerajaan PN.

Kesan dari kritikan Baru Bian terhadap ketidakseimbangan kuasa dalam GPS dan mendesak parti2 kecil dalam GPS mengkaji semula kedudukan mereka dlm kolisi Sawarak tersebut, GPS pada 22 Mei lalu menyatakan mereka (GPS) bukan sebahagian dari anggota kolisi PN seperti mana yg difahami ramai sebelum ini.

Meskipun byk pihak mengatakan Tun enggan menyerahkan tampuk pemerintahan kpd DS Anwar Ibrahim sblm kejatuhan PH tempohari, tetapi hakikatnya sorong tarik politik Tun Mahathir ini masih meletakkan beliau sbg “pilihan wajar” bagi PH dan dilihat beliau (Tun) adalah faktor penting bagi PH untuk melakukan sesuatu bagi mengembalikan semula mandat rakyat 2018 yg lalu. PH sedar tanpa Tun, usaha utk menentang TSMY dan menjatuhkannya hanyalah tinggal sekadar harapan semata2.

Oleh kerana itu, tidak ramai pemimpin2 PH secara terbuka menentang kerjasama sekali lagi dgn Tun Mahathir dalam politik negara. Ini bagi saya adalah satu kekuatan unik yg dimiliki Tun yg tidak dimiliki oleh sesiapa pun.

Sbg seorang pemimpin dan negarawan ulung negara, tidak sesiapa pun patut memperkecilkan keupayaan Tun Mahathir utk melakukan gerak politik yg dijangka mampu menumbangkan sesiapa sahaja. Dan jangan memandang rendah pada kedua orang penasihat kanan beliau- Tun Daim dan Kadir Jasin. Dua individu ini adalah arkitek politik Tun dgn pemilikan pengaruh dan sumber yg tidak terhad.

Maka di atas beberapa faktor yg saya senaraikan di atas, maka wajar bagi musuh2 politik Tun Mahathir berwaspada dgn gerak serta tindakan politik beliau.

sumber: