KDN umum 6 jenis buku ini diharamkan di Malaysia, ini sebab kenapa

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengumumkan perintah larangan untuk penerbitan, pengedaran, dan pemilikan enam buah buku yang didapati bertentangan dengan nilai budaya serta norma sosial masyarakat Malaysia.

Buku-buku yang disenarai hitamkan adalah A Million Kisses in Your Lifetime oleh Monica Murphy, Lose You to Find Me oleh Erik J Brown,

Punai oleh Asyraf Bakti, Scattered Showers oleh Rainbow Rowell, When Everything Feels Like the Movie oleh Raziel Reid, dan What If It’s Us oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.

Menurut kenyataan KDN, larangan ini berkuat kuasa sejak 19 Disember lalu dan dilaksanakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kenapa Buku-buku Ini Dilarang?

KDN umum 6 jenis buku ini diharamkan di Malaysia, ini sebab kenapa

Selepas melakukan semakan, KDN mendapati sekurang-kurangnya tiga daripada buku tersebut mengandungi unsur yang menggalakkan fahaman atau penggambaran LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender). Unsur ini dianggap bertentangan dengan nilai-nilai murni dan budaya masyarakat Malaysia.

Akta yang Digunakan

Perintah larangan ini berlandaskan Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang melarang pencetakan, pengedaran, serta pemilikan buku-buku tersebut di negara ini.

Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

Komitmen Kerajaan dalam Menjaga Keharmonian Sosial

KDN menegaskan bahawa langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan bahawa penyebaran elemen-elemen yang bercanggah dengan nilai budaya tempatan dapat dicegah.

Ini bertujuan untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan sosial di Malaysia, sekaligus mengelakkan pengaruh yang tidak sesuai tersebar dalam masyarakat.

Dengan penguatkuasaan ini, KDN berharap agar masyarakat dapat terus hidup dalam suasana yang harmoni dan berlandaskan nilai-nilai yang positif.

BACA: Akhirnya terbongkar sebab kenapa etnik Rohingya suka masuk Malaysia secara haram di Langkawi