Ramai ada pengalaman yang sama bagaimana kawan bukan Islam pula yang mengingatkan tentang solat bukti hidup rakyat Malaysia ini saling memahami.
Walaupun berlainan anutan agama, toleransi itu penting apa lagi semasa sama-sama berkerja.
Malah, dapat kawan sekerja yang baik pun meskipun bukan beragama Islam juga adalah rezeki.
Kisah dikongsikan Khairi Akmal contohnya, bukti rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama adalah baik-baik belaka:
“Bila masuk site susah nak sembahyang, brother ni kata kat aku, “Takpe bro. Kau sembahyang je aku jaga tepi. Kau sembahyang”.
“Hari ni bila dekat site brother ni siap hantar aku pergi solat Jumaat lagi.
“Dia tunggu sampai aku habis solat.
“Berulang kali aku cakap dekat dia terima kasih tapi dia pesan dekat aku, “Takde hal bro, sembahyang tu penting”.
“Dia orang India tapi sangat hormat agama orang lain,” tulis Khairi Akmal.
Ini pula antara 7 pengalaman hidup bertoleransi dan menghormati yang dikongsikan orang ramai dan patut dicontohi:
Teringat dulu zaman study, ada member India sorang siap bergaduh dia suruh aku pergi solat di masjid. – SyaMim Hasni
Saya kenal seorang India ni yang sangat baik, dia cakap: Kita ni semua dalam satu rumah je, cuma bilik lain lain. Bila kita buka atap, kita nampak langit yang sama juga. -BullBear Scalper
Jurulatih saya, Shanmugam selalu ingatkan saya dan kawan-kawan pi masjid solat Jumaat masa training dulu. Dia tau penat training selalu absent Jumaat. – Fuad Salim
Aku dulu ada kawan orang India jugak luar masjid tunggu aku solat. Dia pun tau waktu solat bila. – Imran Kifli
Teringat kat Surendran Vellu hantar aku pergi solat Jumaat kat masjid Teluk Intan. –
Zulkifli Osman
Dulu saya kerja kilang Dell di bukit tengah Pulau Pinang. Saya ingat lagi leader saya orang India, Panner dan kawan dia, Ravi. Baik sungguh. Semoga depa sihat-sihat ja selalu. – Zally Ismail
Sama macam bos kita. Dia orang Cina tapi dia pesan kat saya, solat itu penting. Setiap kali mahu masuk waktu Zohor, dia pesan pergi sembahyang dulu, nanti sambung kerja. Masya-Allah. – Azli Sham
BACA: Bau hancing dan najis tikus di stor makanan, restoran terkenal di Pulau Pinang diarah tutup