Kawalan Pergerakan : Arahan Perlu Lebih Jelas, Gesa Peguam

Kawalan Pergerakan : Arahan Perlu Lebih Jelas, Gesa Peguam

Perintah kawalan pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat tidak jelas dan menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat.

Pengerusi Biro Kanun Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Fitri Asmuni berkata, pengumuman tersebut sangat tidak jelas seolah-olah ia hanya bersifat gesaan semata-mata.

“Pengumuman tersebut satu Larangan atau hanya satu Gesaan sahaja? Tidak jelas,” katanya ketika dihubungi Perak Insights.

Beliau mempersoalkan apakah kesan sekiranya rakyat tidak mengikut dan patuh kepada perintah yang dikeluarkan itu.

“Apa kesan jika ada rakyat tidak ikut Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan PM tadi?

Adakah mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana melanggar Seksyen 22 Akta tersebut?,” katanya.

“Rakyat tidak tahu pun apa kandungan Akta Pencegahan dan Kawalan tersebut. Jadi kerajaan perlulah beri arahan yang lebih jelas kepada rakyat seandainya mereka tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan ini”.

Berita Penuh : https://perakinsights.com/2020/03/16/rakyat-tuntut-perintah-kawalan-pergerakan-lebih-jelas-peguam/