Kaw-kaw kritik filem Mat Kilau fasis, pemuda terpaksa tutup ruang komen. Seorang pengguna Facebook terpaksa menutup ruang komen selepas membuat ulasan bahawa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sebagai fasis.
Ruang komen pengguna Facebook tersebut dibanjiri dengan pelbagai kritikan selepas dia menuduh filem arahan Syamsul Yusof itu tanpa sebarang justifikasi dengan ‘melukis’ setiap watak bukan Melayu sebagai karikatur jahat.
“Seorang watak Cina telah ditetapkan sebagai stereotaip orang Cina yang licik tak mempunya tujuan dalam jalan cerita kecuali dibunuh secara ganas pada penghujung filem, seolah-olah ia adalah ungkapan kemarahan yang terpendam terhadap etnik Cina.
“Seorang watak dari Borneo dari Pulau Mata Satu (aku tak pasti fiksyen atau fakta) yang dikatakan direkomen oleh Charles Brooke kepada British, membayangkan seolah-olah sesiapa dari Sarawak tak susah menjadi pembunuh upahan untuk British,” katanya.
Pengguna Facebook bernama Terence Aaron itu juga berkata, kesemua watak tersebut yang bukan lelaki Melayu-Islam telah dibunuh dengan kejam dan tidak diberi sebarang ciri ciri perikemanusiaan.
Manakala semua watak Melayu-Islam katanya, telah dilayan sebagai mangsa penindasan.
“Aku faham dari segi sejarah orang Melayu adalah kumpulan orang yang dijajah dan aku faham bagaimana sejarah tersebut mempengaruhi psikologi mereka.
“Tetapi keganasan yang digambarkan dalam filem menunjukkan kita yang bukan Melayu Islam Malaysia sebagai orang suruhan penjajah dan seolah penjajah,” dakwanya.
Beliau berkata, dia memahami bahawa keadaan material pada tahun 1800-an bermakna Islam dan dihubung kait dengan identiti Melayu, boleh digunakan sebagai alat nasionalis yang positif untuk melawan penjajah.
Ia adalah sebuah identiti yang cukup mudah untuk difahami oleh orang ramai dalam dunia di mana ekonomi atau alat perhimpunan lain mungkin terlalu kering untuk orang ramai menghadam.
“Tapi kita bukan hidup pada tahun 1800-an di mana Malaysia sebagai identiti tidak wujud.
“Mengunakan nasionalisme berasaskan etnik dan agama pada Malaysia hari ini akan menjadikan kaum selain Melayu sebagai target. Seolah kita tidak layak berada di ruang yang sama.
“Seolah kita adalah orang luar selama-lamanya. Seolah kitalah punca kepada pelbagai ketidakpuasan hati dalam hidup mereka,” katanya.
Menggunakan nasionalisme sebagai wahana dalam filem seperti ini menurut beliau, adalah satu pembikinan filem yang tidak bertanggungjawab yang hanya berfungsi untuk menambah lagi sebab orang berpecahan di negara ini.
Ulasanya itu mendapat lebih 1,500 perkongsian dan 208 komen sebelum ruang tersebut ditutup.
“Sedih Ipman bila baca status kau bro,” komen Sultan Amzari Abas.
“Kah kah… Mat mana pulak ni nak tunjuk bagus tapi tak reti nak bezakan era akhir 1800-an dengan zaman sekarang,” kata kata John Amru Addailami.
“Orang Melayu hari ini lebih rasional daripada yang anda fikirkan. Mereka tidak akan ‘pergi’ pada 13 Mei pada kita yang lain kerana ini. Mat Kilau ialah sebuah filem Malaysia. Digemari oleh seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira bangsa mereka. Ia filem kebangsaan, bukan filem melayu. Ia menggambarkan identiti negara kita,” komen Damien Lim.
Ulasan penuh yang ditulis Terence Aaron boleh dibaca di Facebook miliknya.
BACA:
Sumber PMO dedah PRU November ini
Beli durian ‘Black Thorn’ RM117 dapat isi kosong
‘Jangan ganggu rumahtangga orang’ – Abby Abadi, sekali netizen ungkit kisah lama