Kaum sama, tak sangka rupanya tak sama, ini beza Siam Kedah dengan Kelantan

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Malaysia memang sebuah negara yang kaya dengan pelbagai etnik, kebudayaan, dan ragam bahasa.

Di setiap bahagian dalam negara ini, terdapat penutur bahasa-bahasa atau dialek yang berbeza.

Walaupun hanya dipisahkan oleh sempadan negeri, namun bahasa yang digunakan jauh berbeza antara satu sama lain.

Kaum sama, tak sangka rupanya tak sama, ini beza Siam Kedah dengan Kelantan

Salah satu contohnya ialah dialek Siam yang menjadi wadah komunikasi komuniti Siam di Malaysia.

Menurut Abdul Barr dalam hantaran Facebooknya, terdapat perbezaan antara dialek Malaysia-Siam antara dua buah negeri iaitu Kedah dan Kelantan.

Dalam hantaran tersebut, Abdul Barr telah memaparkan satu video TikTok milik pengguna (@swenlim_richmondyeo) yang menunjukkan perbezaan struktur ayat yang digunakan oleh penutur Siam dari negeri Kedah dan Kelantan.

@swenlim_richmondyeo Apa beza siamese kedah dgn siamese kelantan? #siamesemalaysia #siamesemalaysia🇲🇾 ♬ original sound – swenlim_richmondyeo

Komen-komen dalam video tersebut menunjukkan bahawa dialek Siam yang digunakan di Kelantan lebih mirip dengan dialek Siam Thailand dan kawasan yang berada dalam wilayah Narathiwat.

Manakala, dialek Kedah pula seakan-akan bahasa Siam yang digunakan pada bahagian Hatyai. Perbezaan ini boleh didengar melalui perbualan harian seperti pertanyaan-pertanyaan biasa, misalnya ‘makan di mana’ dan sebagainya.

Malah, perbezaannya dapat didengar dengan jelas berdasarkan bunyi bahasa yang dipertuturkan oleh penutur-penutur tersebut. Untuk memahami lebih lanjut, anda boleh menonton video TikTok di bawah.

Pada tahun 2014, hampir 70,000 orang warganegara Malaysia adalah berbangsa Siam. Kebanyakan daripada mereka tinggal di negeri-negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia, yang bersempadan dengan wilayah selatan Thailand.

Populasi Siam terbesar di Malaysia terdapat di Kedah, dengan jumlah kira-kira 42,000 orang, diikuti oleh Kelantan (sekitar 28,000) dan Perlis (sekitar 8,000 orang).

Bagi makluman, komuniti Siam di negara kita menjalani kehidupan seharian yang mirip dengan majoriti rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu.

Selain mampu berbahasa Siam dengan dialek masing-masing, mereka juga mahir dalam bahasa Melayu dan dapat berinteraksi dengan etnik-etnik lain, seperti yang biasa dilihat di mana-mana.

BACA: “Aku tak sangka mak mertua dan kakak ipar tergamak nak jual anak aku hanya kerana hidup susah”