Pelakon Tiz Zaqyah telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sebuah rumah produksi
Ada yang menawarkan bayaran sebanyak RM500 sehari kepada pelawak dan aktor senior, Azlee Senario.
Melalui satu ciapan di platform X, Tiz menegaskan bahawa pelawak tersebut bukanlah seorang pelajar latihan industri
Atau ‘intern’ yang layak untuk ditawarkan jumlah bayaran sedemikian.
‘Kau ingat abang Azlee intern?’
Ciapan tersebut kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi daripada wargamaya, yang kebanyakannya menyokong pandangan yang diutarakan oleh aktres tersebut.
Menurut wargamaya, Azlee sepatutnya diberikan bayaran yang lebih tinggi dan sewajarnya kerana beliau merupakan seorang pelawak dan pelakon senior yang telah memberikan banyak hiburan kepada penonton.
Sebelum ini, Azlee telah menyuarakan rasa kecewanya terhadap sebuah produksi yang didakwa menawarkan bayaran yang tidak setimpal, iaitu sebanyak RM500 sehari.
Namun, pelawak berusia 56 tahun tersebut memilih untuk tidak mendedahkan nama produksi yang dimaksudkannya.
Sementara itu, Azlee dalam satu temu bual bersama media telah menjelaskan bahawa beliau tidak berasa terganggu atau marah apabila dituduh bersikap sombong kerana menolak tawaran berkenaan.
Beliau menjelaskan bahawa bayaran sebanyak RM500 sehari tidak mencukupi, terutamanya apabila terdapat beberapa perkara tambahan yang perlu disediakan sendiri olehnya seperti pakaian, kelengkapan lain, dan kos pengangkutan ke lokasi penggambaran di luar kawasan.
BACA: Ingatkan dengan Ruhainies je, wanita mengaku skandal dengan Aliff Aziz sejak Januari 2024