‘Kau carik aku sebelum lawyer aku carik kau’ Shuib nekad heret wanita tuduh tunggang kisah Siti Sarah

Oleh AHMAD SULAIMAN

Shuib meluahkan rasa marah selepas seorang individu menuduhnya ‘menunggang’

kisah arwah isterinya, Siti Sarah, dan kini ‘menunggang’ isu bekas banduan, Abah Hayat pula.

Tuduhan tersebut menimbulkan persoalan sama ada Shuib tidak boleh bercakap tentang arwah isterinya.

“Maaf nak tanya, saya memang tak boleh bercakap tentang arwah isteri saya ya bagi awak?

Bila saya bercakap pasal isteri saya itu dikira ‘menunggang’ arwah isteri saya ke? Jawab soalan saya!” tegas Shuib melalui satu hantaran kepada individu tersebut.

'Kau carik aku sebelum lawyer aku carik kau' Shuib nekad heret wanita tuduh tunggang kisah Siti Sarah

Dalam pada itu, Shuib turut memberi amaran kepada wanita berkenaan agar berjumpa dengannya sebelum perkara tersebut dibawa ke peguam.

Cari aku sebelum peguam cari kau” - Shuib bengang dituduh 'tunggang'  kematian Siti Sarah, individu mohon maaf sebar fitnah - Hiburan | mStar

Susulan kejadian itu, wanita terbabit tampil memohon maaf kepada Shuib melalui mesej di Instagram kerana keterlanjurannya dan ingin menebus kesalahan tersebut.

Namun, walaupun wanita tersebut sudah memohon maaf, Shuib kelihatan bertegas mahu membawa perkara itu ke mahkamah.

BACA: Menyokong Palestin secara terbuka, pemain Morocco gugur dari skuad kebangsaan