Kata Pas kafir, ini respon padu Mursyidul Am nya

Kata Pas kafir ini respon padu Mursyidul Am nya

Kata Pas kafir, ini respon padu Mursyidul Am nya. Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyelar tindakan Dr Mahathir Mohamad yang kembali membangkitkan isu ‘parti kafir’ sebagai ‘sangat tidak cerdik’.

“Benda dah selesai lama dah, kenapa dia nak ungkit balik? Ada tak mana-mana orang dan pemimpin Umno, terutamanya masih mendakwa seperti dia?

“Bagi saya, PAS kata Umno tu kafir dah selesai dah, kalau dulu sembahyang dua imam, sekarang dah tak berlaku lagi,” katanya kepada FMT.

Mahathir yang juga pengerusi Pejuang melabel PAS sebagai ‘parti kafir’ – mengikut tafsiran parti itu sendiri – kerana sanggup bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam demi kuasa dan kedudukan.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang didakwa pernah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam, kini ‘merelakan PAS dikafirkan’ untuk bekerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Kata Pas kafir ini respon padu Mursyidul Am nya

Hashim mendakwa, tindakan Mahathir membangkitkan semula isu kafir-mengkafir seolah-olah sengaja mahu memecah-belahkan usaha agenda penyatuan ummah sedang digerakkan PAS.

Malah, katanya, tindakan Mahathir suatu ketika dulu yang mengasingkan agama dengan politik menerusi frasa ‘agama suku, politik suku’, berjaya ditangani Hadi yang ketika ini sedia berunding dan bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Umno dan bukan Islam atas semangat perpaduan ummah.

“Kerjasama dengan parti bukan Islam waktu Nabi dah ada, dengan syarat mereka hormati Islam. Jangan kita nak tegakkan Islam ada yang bangkang macam DAP, tu PAS tak sanggup (kerjasama),” katanya.

“(Bila Mahathir) Memisahkan politik dengan agama, Hadi satukan. Jadi, petua Hadi itu mengubah penyakitnya, iaitu perpecahan antara orang Islam.”

“Amanat Hadi” merujuk ucapan Ahli Parlimen Marang itu pada 7 April 1981, ketika beliau menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu. Petikan ucapan itu kerap dibidas Umno kerana didakwa mengkafirkan ahli parti komponen terbesar Barisan Nasional itu.

BACA:

Bulatan Putrajaya berhantu? Ramai dakwa kena pukau lalu tempat sama

BKM: PM umum tarikh baru masuk akaun

Netizen pelik tiba-tiba program PU Azman di radio dah tiada

CATEGORIES